AKU tak dapat tidur lena malam tu sebab fikirkan Merlissa. Sudah sekian lama bayangan gadis itu tak muncul mengganggu. Tapi sekarang, dia datang lagi. Sesekali banyangan Merlissa berganti dengan Elisya. Aku nampak mereka seolah memiliki banyak persamaan.
Bila aku bangun pagi, wajah Merlissa masih bermain di fikiran. Walaupun sudah aku tolak jauh, tetapi masih lagi dia datang. Aku cuba untuk tak terlalu memikirkan dia dan buat kerja harian macam biasa.
"Macam mana Khai boleh kemalangan?" soal ibuku. Aku terhenti ketika tangan nak menyudu nasi goreng. Wajah ibuku aku pandang sekejap.
"Err... ada kereta langgar dari belakang." bohong aku. Ibuku menggeleng kepala. Aku tengok dia masih tak berpuas hati. Semoga dia percaya dan tak banyak tanya. Bisik hatiku.
Belum sempat ibuku soal siasat lagi, loceng rumahku berbunyi. Aku menghembus nafas lega. Fuh... Terimakasih lah kepada siapa yang datang.
Ibuku bangun dan berjalan ke muka pintu. Aku sekadar menoleh sambil minum air. Bila dengar nama disebut, terus aku terbatuk-batuk. Terlihat Sarah sedang berdiri.
"Masuk lah makan sekali." pelawa ibuku. Sarah tersipu-sipu sambil berjalan masuk. Kami duduk sekali. Sarah mengambil tempat di sebelah aku.
"Mak kat rumah sihat?" soal ibuku. Sarah senyum hambar. Lambat-lambat dia mengangguk. Sesekali dia pandang aku. Aku buat tak nampak.
"Makcik sihat?" tanya Sarah pula. Ibuku mengangguk seraya tersenyum. Aku tak pernah nampak Sarah bercakap dengan ibuku. Susah betul untuk mereka bertemu. Inilah kali pertama kami dapat duduk satu meja.
"Khai, kenal tak siapa tu?" Ibuku menjuih. Aku pandang Sarah. Dia jongket kening dua kali. Aku cuma sengih. Mustahillah aku tak kenal, ketua pengawas sekolah aku kut. Kesan tamparan dia pun masih terasa membekas lagi.
"Duduk satu kelas?" Ibuku pandang Sarah. Dia menggeleng. Sarah tak makan, dia cuma minum air. Tak silap aku mereka berdua ni pernah bercakap, Sarah pernah bagitau aku. Entah apalah yang dibualkan mereka masatu.
"17 sekarang kan?" tanyanya lagi. Sarah cakap. Ya, haih... Entah kenapa soalan tu macam tak pernah ditanya aje. Ke sengaja ibuku berlakon depan aku? Apakah ada sesuatu yang mereka sembunyikan?
"Siapa lagi tua?" Ibuku pandang aku dan Sarah bersilih ganti. Aku angkat tangan. Ya, memang... aku tua tiga bulan dari Sarah. Tapi, kami tetap sebaya. Tak pernah pun kami berpanggilan abang atau adik. Kalau boleh aku nak elakkan panggilan macam tu. Nasib baiklah Sarah tak pernah sebut.
"Sarah tau Khai kemalangan?" tanya ibuku. Aku tepuk dahi. Wajah Sarah dah berkerut. Mana tidaknya bila kena tanya macam tu... lagipun aku bukannya kemalangan. Sarah tahu perkara tu. Aduh!
"Eh kemalangan?" Sarah nampak terkejut. Dia pandang aku. Tubuh aku dia teliti tengok. Aku senyum getir. Tak guna Sarah, mesti dia nak ambil kesempatan!
"Yalah semalam tidur kat hospital." beritahu ibuku. Sarah terlihat sedih. Aku hanya diam tak cakap apa-apa. Hanya berserah pada nasib.
"Saya tak tahu pun makcik." Kedengaran hiba suara itu menyentuh gegendang telinga aku. Ibuku tersenyum kecil. Kemudian dia bangun.
"Tengok lah tubuh dia tu macam mana." Ibuku menggeleng sebelum berjalan ke dapur. Sarah pandang aku lagi. Seketika, dia datang mendekat. Bulu roma aku naik. Aku tak menoleh. Hanya pandang lurus ke hadapan. Dapat aku rasakan gadis itu tersenyum sinis.
Aku pejamkan mata ketika Sarah mendekatkan wajah. Ya Allah selamatkanlah hamba mu ini dari kekejaman Qaisarah Dahlia!
"Kau berhutang lagi dengan aku..." bisiknya dengan lembut. Aku telan liur.
YOU ARE READING
Pelangi Terakhir
Teen FictionSEGALANYA bermula dari hutan belantara. Pertemuan dengan Merlisaa Umairah dan L mengubah hidup Izz Khairul. Kerana kasihan, Khairul membawa mereka pulang. Timbul pertanyaan di benaknya kenapa Mereka boleh ada di hutan? Setelah Khairul mendengar kisa...