PT 31

23 8 0
                                    


    

    
     BERDEKATAN kawasan flat rumah  Merlissa. Ada jambatan yang menghala terus ke lebuh raya. Jika belok sebelah kiri, akan memasuki kawasan Lorong Bunga Ros.

Di bawah jambatan tempat kami berada, ada sebatang air sungai. Aku tak pasti air sungai itu berasal dari mana. Mungkin dari pergunungan yang jauh. Sejak Merlissa cakap dia nak jadi kawan rapat aku, kami selalu berada di bawah jambatan bersama-sama.

Terkadang, setiap petang. Aku akan pergi ke rumah Merlissa. Kalau aku tak datang, mungkin dia akan datang rumah aku. Bila difikir-fikirkan balik. Aku pun tak percaya kami boleh jadi rapat. Sejak berpindah ke Kota Idaman, banyak benda telah berlaku.

Aku pada awalnya tak suka dengan tempat ni perlahan-lahan cuba menerima Kota Idaman sebagai tempat tinggal aku. Tak tahulah apakah aku suka kota ni kerana tempatnya yang menarik atau pun disebabkan seorang gadis bernama Merlissa Umairah.

Bila pertama kali Merlissa ajak aku pergi ke bawah jambatan, aku tertanya-tanya sebenarnya apa dia nak buat? Tapi, saat Merlissa cakap dia nak tangkap ikan, aku tertawa geli hati. Itulah pertama kali aku ketawa dengan sikapnya.

Kata Merlissa, dia nak tangkap ikan untuk dimakan. Harga ikan agak mahal dekat pasar. Merlissa cuba untuk berjimat dan tak nak susahkan ibunya.

Aku pula rasa harga ayam lebih mahal dari harga ikan. Bila aku tanya Merlissa pasal ayam, dia cakap tak boleh makan ayam. Bukan dia tak suka. Tapi, macam aku cakap tadi. Ayam mahal.

Ikan pun dia hanya boleh makan kadang-kadang aje. Namun begitu, Merlissa lebih suka makan ayam dari ikan. Tapi, disebabkan harga ayam pun mahal, Merlissa terpaksa tangkap ikan.

Aku sebenarnya tak kesah dia nak tangkap apa sekalipun, tetapi yang jadi permasalahannya sekarang, Merlissa tak pandai langsung tangkap ikan. Dia hanya berbekalkan sebatang kayu dan mata kail saja.

Kayu tu pula dah la pendek. Merlissa ikat dengan tali pun tak kuat. Aku tak percaya, macam manalah Merlissa yakin boleh tangkap ikan dengan hanya melempar umpan kedalam sungai.

Bila aku tanya dia pernah dapat ikan tak? Merlissa cakap tak. Tapi, aku ketawa bukan sebab tu. Aku ketawa sebab Merlissa akan selalu baling batu kedalaman air apabila umpannya tak mengena.

Dia tak tahu ikan akan semakin menjauh kalau dia buat begitu. Haih... Merlissa ni. Nasib baiklah aku tahu sikit cara-cara menangkap ikan guna batang kayu.

Aku cakap dekat Merlissa, jangan baling lagi batu kedalam air. Kayu tu bila terasa kena tarik, terus angkat cepat-cepat. Ini apa yang Azlan ajarkan kepada aku dulu. Mujurlah aku masih ingat.

Merlissa gembira betul bila dapat tahu. Selama ni dia hanya baling mata kail dan terus rehat di bawah jambatan macam tak ada apa-apa perlu dilakukan. Mungkin dia ingat ikan akan terus melekat dekat situ.

Aku hanya mampu senyum mendengar omelannya. Bila tengok keadaan dia macam tu, aku rasa tak sanggup pula. Kalau boleh... aku nak belikan satu joran untuk dia. Aku pun nak beli seekor ayam juga. Kesian Merlissa dah lama tak dapat makan ayam.

Harga ayam dekat sini pula hampir cecah tiga puluh ringgit seekor. Aku tak tahulah ni harga nak cari gaduh ke apa. Tapi, memang mahal sangat bagi aku.

Merlissa pernah juga cerita, sudah tiga tahun dia pakai baju raya sama. Seumur hidupnya baru satu kali dia beli baju raya. Sebelum ni tak pernah. Merlisaa hanya pakai baju kurung biasa saja bila tetamu bertandang.

Walaupun begitu, Merlissa tak pernah sedih dan merungut. Merlissa faham dia orang susah. Duit dua ribu yang telah dia kumpul selama ni telah pun lesap begitu saja.

Pelangi TerakhirWhere stories live. Discover now