SINOPSIS

232 9 1
                                    

INILAH TAKDIR KITA mengisahkan penyatuan dua hati dan dua insan yang dipertemukan dengan kisah masa silam mereka yang kelam

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

INILAH TAKDIR KITA mengisahkan penyatuan dua hati dan dua insan yang dipertemukan dengan kisah masa silam mereka yang kelam.

LUKMAN MIKHAEL DAN NARA AISAH.

Kata orang nama yang indah namun tidak seindah yang kita gambarkan.

Nara Aisah, dia tidak menyangka jodohnya sudah tiba dan ketika dirinya dilamar, dia seolah tidak boleh menerima lelaki yang mahu mengahwininya itu. Tapi lama-kelamaan dia mula menyelami hatinya dan mengenali Mikhael, hatinya mula berbunga-bunga membuahkan rasa cinta untuk suaminya.

Lukman Mikhael, dia suami yang memang tidak pantas untuk memiliki Nara Aisah. Tingkah lakunya yang dingin seringkali menyinggung perasaan isterinya itu. Tapi tidak ada siapa yang tahu mengapa dia memilih Nara Aisah sebagai isterinya dan dari mana dia mengenali gadis itu. Tapi cintanya utuh untuk seorang isteri.

Zayyad, lelaki yang buat pertama kalinya mengenali cinta. Sejak terpandangkan Nara Aisah, hatinya berdegup, matanya mencuri-curi pandang namun sayangnya dia lambat hadir dalam kisah hidup Nara Aisah. Tapi itu tidak bermakna dia mengalah. Dia tahu cinta dan hatinya hanya untuk Nara Aisah.

Satukanlah hati, biarlah kebahagiaan itu kekal untuk selamanya...

Mikhael x Nara

Inilah Takdir kitaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang