Pertemuan antara Aysar Mujahid dengan Qaira Esabel bukanlah sebuah pertemuan biasa. Pertama kali bertentang mata kedua-duanya berada dalam situasi mencemaskan yang tidak diduga.
Sejak itu, Mujahid bertekad mencari dan mengejar cinta Qaira biarpun g...
SUASANA dingin di kawasan dataran tinggi pada pagi itu sungguh menenangkan. Butir jernih embun yang menyapa hamparan daunan hijau membawa wangi kesegaran. Kicauan burung saling bersahut mendendangkan lagu alam, seirama dengan rentak gembira hati.
Mujahid tersenyum. 'Indah lagi mengasyikkan.'
"Udah ke mana tu?" Satu suara yang bertanya memecahkan buih khayalan. Di hadapannya, Ariyyan sedang ketawa besar. Bergema tawa sang sahabat memenuhi ruang kafe yang tika itu lengang, belum dipenuhi pengunjung.
"Kenapa ketawa?" soal Mujahid terkebil-kebil. Segan apabila tertangkap sempat mengelamun jauh.
"Lucu," balas Ariyyan ringkas. Kopinya yang berasap tipis dihirup nikmat. Hirupan hangat kaya rasa pembangkit deria untuk memulakan hari.
"Apanya yang lucu?"
"Aduh, lucu dong! Gue nggak nyangka yang gue juga bakalan turut terjebak sejauh ini bantuin loe," jelas Ariyyan bersulam sisa tawa.
"Masih ingat nggak? Dahulu, saat loe lagi kusut, gue pernah kasi saran gimana loe bisa menambat hati Qaira. Gue siap bilang jika perlu dibawakan ladang kopi sekali pun, loe harus usaha. Nah, lihat aja sekarang! Kita di mana ni?"
Mujahid cuma tersengih.
"Boro-boro kopi, ladangnya pun sanggup Muja redahi!" sambung Ariyyan terus mengusiknya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pemburuan cinta Mujahid mengheret mereka berkelana hingga ke atas gunung. Sudah masuk hari kedua Ariyyan dan Mujahid berada di Pergunungan Malabar, lokasi terkenal di Pangalengan, Bandung yang boleh diibaratkan syurga buat para pencinta kopi.
Semuanya gara-gara Mujahid yang beria-ia hendak mendapatkan hadiah istimewa buat gadis pujaan hati yang kini bergelar tunangannya.
Saban minggu Mujahid berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Pangalengan dalam usaha menghasilkan sendiri biji kopi panggang untuk Qaira. Dia sendiri terlibat dengan setiap proses penghasilan biji kopi dari awal. Dari memetik kopi di ladang, menyaring dan menyisihkan kulit, mengering sehinggalah ke proses memanggang biji kopi.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.