Selamat Membaca!

701 39 22
                                        

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi memilih Bukan Sindrom Nightingale untuk bacaan kalian. Selamat berkenalan dengan Aysar Mujahid, seorang jurutera muzik yang memiliki syarikat rakamannya sendiri dan Qaira, seorang barista muda yang cinta pertamanya ialah kopi!

 Selamat berkenalan dengan Aysar Mujahid, seorang jurutera muzik yang memiliki syarikat rakamannya sendiri dan Qaira, seorang barista muda yang cinta pertamanya ialah kopi!

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Bagi yang telah membaca novel Lelaki Langit Bumi sebelum ini, kalian akan bertemu kembali dengan beberapa watak yang familiar. Adakah sambungan kisah Ariyyan dan Diha akan turut diselitkan dalam Bukan Sindrom Nightingale? Itu kena tunggu 😊 Tetapi usah bimbang, karya ini boleh dibaca secara stand-alone.

Seperti novel saya sebelum ini, saya ingin tulis Bukan Sindrom Nightingale bersama-sama kalian yang membacanya. Jadi, akan ada sedikit elemen interaktif yang memerlukan kalian untuk beri pendapat atau putuskan sesuatu.

Oh, ya. Saya ingin mohon maaf lebih awal kerana berkemungkinan besar akan mengambil masa yang agak lama untuk menulis Bukan Sindrom Nightingale. Saya agak sibuk dengan tugas hakiki. Masa yang boleh diluangkan untuk menulis amatlah terhad. Jadi, maaf andai lambat kemas kini bab baharu. Saya akan cuba sedaya upaya untuk sambung cerita secepat mungkin.

Selamat membaca!

Salam sayang,
Girang Fashali

Bukan Sindrom NightingaleCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang