Pertemuan antara Aysar Mujahid dengan Qaira Esabel bukanlah sebuah pertemuan biasa. Pertama kali bertentang mata kedua-duanya berada dalam situasi mencemaskan yang tidak diduga.
Sejak itu, Mujahid bertekad mencari dan mengejar cinta Qaira biarpun g...
LAMPU ruang dapur dihidupkan. Satu keluhan halus mengiringi heretan langkah malas Qaira ke bar kopi. Hari itu dia benar-benar keletihan. Usai kerja, tanpa berlengah dia terus bergegas pulang.
Selepas mandi dan solat, dia ingin menikmati minuman panas. Masa untuk berehat sambil memanjakan diri dengan secawan kopi.
Qaira mencapai sebuah moka pot dari rak di tepi dinding. Dia hendak membancuh kopi menggunakan teko kecil bersisi lapan itu. Air dijerang, biji kopi dikisar menggunakan pengisar manual.
Badan moka pot dipusing hingga terbuka. Dia memasukkan air panas ke ruangan bahagian bawah moka pot diikuti dengan serbuk kopi sebelum bekas berkenaan dikatup sepenuhnya.
Selanjutnya, moka pot dialihkan ke atas dapur lalu dipanaskan dengan nyalaan api sederhana.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sementara menunggu, Qaira memeriksa telefon. Tiada sebarang notifikasi baharu. Dia mengetap bibir. Sorotan mata terkaku pada paparan skrin.
Jauh di sudut hati, dia sebenarnya berharap akan menerima pesanan daripada Mujahid seperti biasa. Seperti hari-hari sebelumnya. Atau paling tidak tanda suka pada gambar-gambar yang dikongsinya di media sosial.
Tiada.
'Encik Mo tersinggung ke?' Rasa bersalah datang menerpa mengocak jenjam. Baru saat itu, ekspresi wajah Encik Mo yang terkesan dengan kata-katanya terimbas semula di layar mata.
Qaira mengeluh lagi. Sejujurnya dia tidak berniat langsung untuk memarahi lelaki itu. Tetapi, banyak hal yang berlaku serentak membuatkannya sedikit tertekan.
Sudahlah dia dalam keresahan menanti keputusan cabaran barista diumumkan, tiba-tiba muncul pula seorang pelanggan di K2 saling tidak tumpah seperti seseorang yang pernah dikenali dahulu. Meskipun sang pemuda bukan siapa-siapa, entah mengapa Qaira kurang selesa dengan aura yang dibawa.
Tidak cukup itu, tenteramnya diganggu gugat oleh kehadiran Layla yang menukas bukan-bukan. Disusuli pula permohonan Encik Mo yang beria-ia hendak belanja makan. Emosi Qaira berantakan. Semua perkara jadi menggemaskan.
Bunyi desiran dari moka pot menandakan kopinya sudah sedia. Qaira membuka bekas tersebut lantas menuang bancuhan kopi ke dalam kole. Setelah itu, dia menambah sirap mapel, susu soya dan sedikit serbuk kayu manis.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.