SEBAIK sahaja ternampak kelibat Qaleel dan Johari di hadapan K2, Qaira tidak berlengah menghampiri mereka. Lelaki ketiga yang berdiri di sisi abangnya membuatkan dia tertanya-tanya. Gaya persis seorang budak penghantar. Di tangan lelaki itu terdapat sebuah kotak berwarna putih dan sejambak bunga dihiasi belon yang tertera jelas nama Qaira.
"Assalamualaikum," sapa Qaira kepada mereka. Tangan Johari dan Qaleel disalami manakala sebaris senyum dilempar kepada lelaki asing tersebut.
"Q, ini ada penghantaran untuk kamu," tutur Johari selepas membalas salam kesejahteraan si anak.
"Cik Qaira Esabel Johari?" tanya lelaki itu mengesahkan identitinya.
Qaira mengangguk.
"Ini penghantaran istimewa daripada Encik Mujahid," terangnya sambil menghulurkan jambangan bunga dan kotak putih kepada Qaira.
"Kami terima agak lewat pesanan Encik Mujahid, jadi tidak sempat sediakan kad ucapan. Tetapi, Encik Mujahid ada rakam video ucapan untuk cik. Boleh saya minta kebenaran forward video itu kepada Cik Qaira. Nombor cik dah ada ni. Cuma tunggu lampu hijau daripada cik sahaja."
Sekali lagi Qaira mengangguk.
"Okey, selesai. Cik tolong tandatangan di sini sebagai bukti penerimaan ya."
Qaira melakukan seperti yang disuruh.
"Terima kasih, cik. Saya minta diri dulu."
"Encik, nanti!" tahan Qaira. Tanpa berfikir lanjut, beg kertas di tangan diunjukkan kepada lelaki berkenaan. "Ada beberapa pastri di dalam ni. Ambillah, saya belanja," ujarnya. Biar dipanjangkan rezeki lebihan pastri K2 pemberian Diha kepada orang lain. Tambahan pula, mereka bertiga akan keluar makan sebentar lagi.
"Terima kasih banyak-banyak." Lelaki itu tersenyum gembira, menjongketkan sedikit hujung topi yang dipakai sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka.
"Apa dalam kotak tu, Q?" soal Qaleel hendak tahu. Dia membantu Qaira memegang jambangan bunga yang diterima sementara si adik membuka kotak putih yang dimaksudkan.
"Wah, tiramisu!" Semerbak aroma kek tiramisu menyapa deria. Qaleel turut sama teruja memandang sebiji kek tiramisu bersaiz sederhana di dalam kotak. "Eh Q, tengoklah video yang Encik Mo kirim tu," sarannya.
Kotak berisi tiramisu bertukar tangan. Qaira mengeluarkan telefon bimbitnya. Aplikasi Whatsapp diklik sembari mereka bertiga berjalan ke kereta.
"Assalamualaikum, Qaira." Terpapar wajah Mujahid tersenyum ceria memulakan bicara.
"Hari ini saya tidak dapat berkunjung ke K2. Banyak urusan di pejabat. Tetapi, saya ingin titip sesuatu yang istimewa untuk Qaira.
Tiramisu. Dalam bahasa Itali, tiramisu membawa erti pick me up atau cheer me up. Jika Qaira suka nikmati affogato, saya pula suka sepotong tiramisu sebagai ganjaran buat diri setelah penat bekerja. Saya gemar gabungan rasa jejari savoiardi yang dicelup ke dalam kopi kemudian dilapisi keju mascarpone dan coklat.
Hope you enjoy your tiramisu. Jangan lupa nikmatinya bersama kopi kegemaran Qaira," pesan Mujahid menoktahkan bicara.
"Handsome bakal menantu bak. Nampak elok tingkah laku, berbudi pekerti. Cara bercakap pun sopan je. Kalau dengan ibu sah-sah dah lulus ni," ulas Johari sebaik klip video tamat. Qaleel mengangguk laju seraya tersengih.
"Bak!" Qaira separuh terjerit. "Apa ni tiba-tiba cakap pasal menantu?" Jemarinya ligat menghadiahkan cubitan-cubitan ketam pada lengan Johari. Ketika itu mereka sudah pun berada di dalam kereta.
"Aduh! Aduh! Kasihanlah dekat bak! Main cubit-cubit ketam pula." Digosok-gosok tangan yang pijar menjadi mangsa cubitan Qaira. Senjata pertahanan Qaira yang satu itu sakitnya memang lain macam.
![](https://img.wattpad.com/cover/203353025-288-k772032.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Sindrom Nightingale
RomansaPertemuan antara Aysar Mujahid dengan Qaira Esabel bukanlah sebuah pertemuan biasa. Pertama kali bertentang mata kedua-duanya berada dalam situasi mencemaskan yang tidak diduga. Sejak itu, Mujahid bertekad mencari dan mengejar cinta Qaira biarpun g...