Pertemuan antara Aysar Mujahid dengan Qaira Esabel bukanlah sebuah pertemuan biasa. Pertama kali bertentang mata kedua-duanya berada dalam situasi mencemaskan yang tidak diduga.
Sejak itu, Mujahid bertekad mencari dan mengejar cinta Qaira biarpun g...
Bab ini ringkas sahaja kerana seperti Bab 23, saya senyapkan sebahagian daripadanya. Insya-Allah, kita sambung bab penuh kisah Kasih dan Cinta selepas ini.
Saya masih cuti raya. Jaga diri semua! Insya-Allah, kita sembang nanti ya 😘
* * *
BUTANG panggilan video ditekan. Tidak menunggu lama, panggilannya diangkat. Segera salam dihulur. "Assalamualaikum, Kasih."
"Waalaikumussalam, Cinta." Kedengaran suara Qaira ceria membalas tetapi seraut wajah itu tidak kelihatan di skrin. Yang ada cuma paparan layar kosong berwarna hitam.
"Qaira, mungkin talian tak berapa elok. Saya tak nampak Qaira," maklum Mujahid.
Qaira ketawa kecil. Tawa yang menghantar dendangan indah ke sukma sang kekasih. "Line okey. Maaf, saya yang tutup kamera."
"Tutup kamera? Kenapa tutup kamera?" soal Mujahid tidak puas hati. Sudah seminggu lebih mereka tidak bersua. Hati sarat mengusung rindu. Sangkanya dengan membuat panggilan video, dapatlah melihat wajah mestika hati. Alih-alih, Qaira memilih saat itu untuk bersenda pula.
"Saya tengah bersiap ni. Mana boleh tengok! Nanti tak surprise," jelas Qaira.
"Serius ni?"
"Serius!"
"Bukalah kamera tu. Rindu."
"Tak boleh. Encik Mo ni sengaja je, kan? Lepas rindu masa kita jumpa nantilah."
"Please ...." rayu Muhahid, masih mengharap.
"Tak boleh, Encik Mo!" Qaira tetap dengan pendiriannya.
"Qaira ...."
"Ya?"
"Qaira dah kena biasakan panggil saya abang. No more Encik Mo, sayang."
Kedengaran lagi tawa Qaira di sebelah sana. Mujahid menahan debaran hebat yang mengocak dada. Nada gembira si dia benar-benar menyita tenang hati. Dia dapat membayangkan tika itu kedua-dua pipi tunangannya sedang merona merah.
"Kejap-kejap lagilah. Saya pun rindu Encik Mo juga. Bye."
Belum sempat dia membalas, Qaira sudah memutuskan panggilan.
Senyuman masih kekal di riak wajah Mujahid meskipun panggilan sudah lama tamat. Tersengih-sengih dia mengenangkan pengakuan Qaira yang turut merindui diri.
Mujahid berpaling apabila pintu biliknya diketuk. Terjengul Ayash Muzamil bersama Aishah. Berwajah manis, Mujahid bangkit merapati mereka.
Aishah tersenyum lebar melihat penampilan anak sulungnya yang segak menyarungkan sepasang baju Melayu berwarna coklat cair.
"Dah sedia?" soalnya.
Mujahid mengangguk yakin.
"Kacak bergaya macam ni tak kanlah tak bersedia lagi, ma. Dah lama dia tunggu saat ni," usik Muzamil sembari membetulkan lipatan kain samping yang dikenakan abangnya agar lebih kemas.
"Jom kita halalkan Qaira Esabel untuk Aysar Mujahid," tokoknya.
Mujahid menghela nafas dalam-dalam. Hari itu, sebentar lagi dia akan disatukan dengan belahan jiwanya dalam satu ikatan suci.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kekal Milikku
Semalam kita bicara soal rencana ke depan
kau perikan setiap impianmu ingin gapai awan mahu tawan bulan duniamu penuh warna tidak bersempadan
aku? sederhana cuma ingin menakluk dunia itu biar senyuman indah yang terukir di kanvas wajahmu kekal kepunyaanku.
* * *
Dengarkan lagu Lamar. Anggaplah lagu ini lagu perkahwinan Encik Mo dan Qaira.
Enjoy the song coz I really do! Saya gemar melodi dan gubahan muziknya.
Lamar - The Kadri Jimmp feat. Charly Van Houten
Aku panggil kamu kasih Kamu panggil aku cinta Kasih dan cinta selalu bersama Membuat orang iri
Kini saat melamarmu Aku ingin berjanji Pahami diriku, diriku untukmu Kau bagian dari hidupku
Ingin kau bertanya Apa jawabku
Jika kau menjadi istriku Aku akan jadi imammu Tak terbatas dalam ruang waktu Sampai nanti akhir hayatku
Kini kau akan menjadi istriku Aku terus, membimbing kamu Terima kasih untuk cinta kita Sampai nanti akhir hayatnya ohh
Kini saat melamarmu Aku ingin berjanji Pahami diri ku, diriku untukmu Kau bagian dari hidupku
Jika kau menjadi istriku Aku akan jadi imammu Tak terbatas dalam ruang waktu Sampai nanti akhir hayatku
Kini kau akan menjadi istri ku Aku terus, membimbing kamu Terima kasih untuk cinta kita Sampai nanti akhir hayatnya
Jika kau menjadi istriku (jadi istriku) Aku akan jadi imammu Tak terbatas dalam ruang waktu Sampai nanti akhir hayatku
Kini kau akan menjadi istriku Aku terus, membimbing kamu Terima kasih untuk cinta kita Sampai nanti akhir hayatnya