Bab 8 - Atas Sebarang Kos

191 29 48
                                    

MEJA makan sarat dipenuhi pelbagai hidangan. Aishah tersenyum senang hati. Hari itu kesemua anak-anaknya berkumpul. Akmal Farihin yang tengah, Amar Firdaus si alang dan keluarga masing-masing turut bermalam di situ. Semenjak siang tadi Aishah berhempas-pulas di dapur menyediakan masakan kegemaran anak-anak dan menantu. Dia mahu menjamu mereka puas-puas.

Tidak cukup dengan lauk-pauk, Ayash Muzamil membeli beberapa pencuci mulut untuk dimakan bersama-sama. Juadah-juadah yang enak dilengkapkan dengan manisan mewah membelai cita rasa. Sempurna.

"Itu blondie ke, cu?" tanya Mujahid. Tertarik melihat potongan-potongan empat segi kecil seakan brownies tetapi berwarna putih.

"Bukan. Cheesekut. Biskut Marie lapis dengan creamcheese. Atas tu nampak fancy sikit sebab ada cranberries, kacang badam dan biji bunga matahari," terang Muzamil. Segera piring berisi cheesekut dihulurkan kepada abangnya.

"It's ok. Letak dulu. Nanti desserts kita makan dengan kopilah. Baru best," saran Mujahid.

"Produk baru Biha ke?" soal Farihin pula. Nabiha, teman wanita Muzamil berniaga kek secara kecil-kecilan. Kebiasaannya, kek atau pastri yang dibawa pulang oleh si adik memang merupakan air tangan gadis itu. Mereka sekeluarga juga sering menempah kek dan brownies daripadanya.

"Ha ah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ha ah. Hari ini yang ucu beli semua produk terkini terutama sekali yang dua ni. Lotus Biscoff Cookie Bars dan Biscoff Spread Cinnamon Rolls. Kita rasa, kalau ada apa-apa yang kurang ke tak kena ke ... beritahu dia," jelas Muzamil bersungguh-sungguh.

Mereka terus berbual sambil menikmati hidangan makan malam. Farina yang sedari tadi berdiam tiba-tiba menyiku Amar Firdaus perlahan. Isyarat matanya jelas menunjukkan yang dia ingin sang suami mengutarakan sesuatu. Amar Firdaus berdeham.

"Long."

Mujahid mengangkat muka.

"Alang nak mula bisnes baru. Ingat nak minta along tolong dahulukan modal."

Suapan Mujahid terhenti. Begitu juga dengan Aishah.

"Bisnes apa pula, alang?" risik Aishah runsing. Cara minta modal macam minta duit beli aiskrim! Ini bukan kali pertama Firdaus mahu berniaga. Sebelum ini, sudah tiga perniagaan diusahakan, tiga-tiga tidak bertahan. Wang modal yang didahulukan Mujahid habis lebur tanpa bersisa.

"Adalah, ma. Along free tak lepas makan ni? Ingat nak bincang dengan along sikit," tutur Firdaus.

"Dah ada business plan?"

"Belum."

"Buatlah rangka perniagaan dulu," ujar Mujahid.

"Alah, long. Lecehlah. Jap lagi alang explain kat along. Dengan alang tak payahlah berkira sangat. Kita kaotim macam tu je lah." Seperti biasa Firdaus ambil mudah. Semua benda hendak guna jalan singkat.

Bukan Sindrom NightingaleWhere stories live. Discover now