Bab 28 - E untuk Edith

102 19 17
                                        

KUNCI dimasukkan ke dalam lubang kunci lalu tombol pintu dipusing perlahan. Melangkah masuk, ada seribu satu perasaan berbaur menyerang Qaleel. Sudah lama dia tidak berkunjung ke situ. Suasana sekeliling diamati. Ruang itu masih sama seperti dalam gambaran fikirannya. Masih seperti kali terakhir dia datang. Tiada walau satu apa pun yang berubah.

Bunyi suara televisyen membawa gerak kaki Qaleel merapati ruang tamu. Kelibat satu susuk yang duduk memeluk lutut di atas permaidani dengan pandangan tertancap pada skrin televisyen langsung tidak memeranjatkannya. Malah, Qaleel memang amat berharap akan menemukan si dia di banglo lama dua tingkat itu.

Tubuh Qaira yang membelakanginya diperhatikan dengan simpati. Lensa mata Qaleel turut terpaku melihat apa yang ralit ditonton oleh Qaira. Raut wajah seorang wanita Inggeris dalam lingkungan usia pertengahan 20-an sedang ceria berbicara terpampang jelas di layar skrin.

"Esabel untuk puteri mama ... Esqandar untuk putera mama. Mama pilih pangkal E sama seperti nama mama. So that a little part of me will always be with both of you. Sentiasa ada dalam diri anak-anak kesayangan mama ini. "

Spontan Qaleel melakar senyum. Itu Edith. Edith Rosaline Blaine. Wanita yang melahirkan mereka berdua. Mama. Jodoh pertama bak. Berdiri di balik dinding sambil memastikan yang tubuhnya kekal terlindung, Qaleel terus menyambung tontonan. Itu video mama yang dirakam beberapa hari sebelum melahirkan mereka.

"Mama tak tahu siapa yang akan keluar dahulu ...." Pipi Edith bertukar kemerahan tatkala dia ketawa. "Bak tidak kisah. Mama pula personally mahu Esqandar yang pertama keluar melihat dunia," sambungnya. "Biar Esqandar jadi anak sulung. Jadi seorang abang yang baik ... yang sentiasa lindungi Esabel. Boleh, kan?"

Saat itu, reaksi Qaira terhinggut hiba menyentuh sanubari Qaleel.

"Bak dan mama akan sayang kamu berdua sepenuh hati." Tiba-tiba, Edith menunduk. "Amboi, kuatnya anak mama tendang mama! Siapa ni? Esabel ke Esqandar?" Tangan kanan mengusap lembut perut yang menerima tendangan kecil. Senyuman manis yang terukir di wajah sejak tadi kian melebar.

Qaleel turut tersenyum. Senyuman manis bergula mama itu diwarisi Qaira.

"Mama tahu anak-anak mama memang kuat. Tengoklah, sampai mama kena put on bed rest oleh doktor. Ada dua superheroes dalam perut ni yang buat mama cepat penat."

Di akhir fasa kehamilannya, Edith perlu dimasukkan ke hospital dan dipantau rapat keadaannya. Berbeza dengan kondisi bayi-bayi yang dikandung, tahap kesihatan Edith nyata agak membimbangkan. Doktor bimbang andai berlaku sebarang komplikasi sebelum atau ketika proses bersalin kelak.

"Mama ingin lihat anak mama membesar jadi anak-anak yang kuat luar dan dalam." Kali ini kemunculan seseorang membuatkan Edith berpaling. Kelihatan Zuraidah dalam persalinan jururawat mendekatinya dengan membawa bekas lutsinar kecil berisi ubat-ubatan yang harus dimakan.

"Puan Edith, waktu untuk makan ubat. Selepas ini Puan Edith kena berehat." Sempat Zuraidah melambai ke arah kamera apabila Edith menjelaskan yang dia sedang menghasilkan 'surat cinta elektronik' khusus buat bayi-bayinya.

Setelah memastikan Edith memakan ubatnya, Zuraidah membetulkan kedudukan bantal yang menyokong tubuh Edith. Dia juga merapikan selimut yang membaluti tubuh bakal ibu muda itu.

"Ini Aunty Zuraidah. Aunty Zuraidah misi paling baik, paling lembut yang jaga mama sepanjang berada di sini," celoteh Edith, gembira memperkenalkan Zuraidah sebelum jururawat itu beredar.

"Where was I? Ha ... okey. Kita sambung. I want you to be strong to face whatever obstacles that life might offer and I want both of you to always be together. Always be there for each other. Mama dan bak mungkin tak dapat selalu ada dengan Esabel ... dengan Esqandar. Tetapi, doa dan kasih sayang kami akan sentiasa iringi langkah kamu berdua.

Bukan Sindrom NightingaleCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang