Bab 12 - Soalan Kopi (1)

163 25 65
                                    

☕️ Isnin ☕️

DUA pek biji kopi yang diletakkan di atas kaunter memaksa Qaira mengangkat muka dari pembancuh kopi French press yang sedang digunakan. Tersenyum, dia mengalu-alukan kedatangan Mujahid. Seperti hari-hari lepas, lelaki itu antara pelanggan awal yang muncul di K2.

"Robusta atau Arabica?" soal Mujahid sambil menunjukkan pek biji kopi yang dibawanya. Satu bungkus merupakan biji kopi Robusta manakala satu lagi Arabica. Robusta dan Arabica merupakan antara jenis biji kopi yang meraih pasaran meluas selain Liberica dan Excelsa.

"Maksud saya, antara Robusta dengan Arabica, yang mana Qaira lebih suka guna?"

"Bergantung pada keadaan."

"Boleh Qaira jelaskan pada saya?" Mujahid bersungguh-sungguh hendak tahu.

"Kedua-dua jenis biji kopi ini ada keistimewaan masing-masing. Arabica, jenis biji kopi yang paling mendapat permintaan. Harganya lebih mahal berbanding Robusta dan sangat sesuai digunakan untuk membuat kopi segar. Kita bakar, kisar dan terus bru. Dari segi rasa, biji kopi Arabica agak mild dengan tahap kepahitan yang seimbang, ada komposisi manis dan rasa buah. 

Robusta pula walaupun harganya lebih murah, mempunyai kadar kafein dua kali ganda berbanding Arabica. Disebabkan itu, biji kopi ini lebih sesuai diproses menjadi serbuk kopi segera. Biji kopi yang telah dikisar akan dibancuh dengan air sebelum diekstrak menjadi serbuk. Rasa pahitnya lebih ketara, slightly nutty and buttery.

Jadi, pilihan saya akan bergantung pada minuman apa saya nak bancuh. Jika ingin kopi dengan rasa kafein yang ketara, saya akan pilih Robusta kerana Robusta lebih pahit dan menonjol. Sebaliknya, jika saya mahu kopi yang tidak terlalu tajam rasanya, saya akan pilih Arabica. Arabica lebih mewah, lebih membelai deria rasa kita. Kadangkala saya campurkan kedua-dua jenis biji kopi dalam nisbah tertentu untuk dapatkan blend baru!" terang Qaira panjang berjela. Sepasang mata miliknya umpama bercahaya tika rancak bercerita.

Mujahid menatap gadis itu penuh kagum. Qaira ibarat ensiklopedia kopi yang sedang memuntahkan fakta-fakta untuk dihadam. Meskipun Mujahid seorang penggemar kopi, dia tidak pernah ambil peduli perihal biji kopi sejauh itu. Yang dia tahu cuma perbezaan tahap biji kopi dipanggang dan sehalus mana biji kopi ingin dikisar. Light, medium or dark. Coarse, medium or fine ground.

"Coffee maker? Qaira suka bancuh kopi guna apa?" Mujahid menyambung pertanyaan. Bukan sahaja jenis biji kopi, penggunaan alat pembancuh kopi akan turut mempengaruhi kopi yang dihasilkan.

"Buat masa sekarang, saya paling suka guna syphon."

"Syphon?"

Qaira mengangguk. Dia berkalih sedikit, menunjukkan sebuah syphon yang terletak di ruang belakang kaunter. Kopi syphon juga antara seleksi kopi yang dihidangkan di K2.

Syphon merupakan pembancuh kopi bervakum yang menggunakan dua balang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Syphon merupakan pembancuh kopi bervakum yang menggunakan dua balang. Balang di bahagian bawah akan diisi dengan air lalu dipanaskan. Tekanan wap yang terhasil akan menolak air panas naik ke balang atas. Di sinilah serbuk kopi akan dimasukkan,  direndam sebelum bancuhan kopi jatuh semula ke balang bawah apabila sumber haba dialihkan.

Bukan Sindrom NightingaleWhere stories live. Discover now