CH2: Wish!

2.1K 26 33
                                    

Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi. Para penghuni dorm 1.1 sedang sibuk mengemas dorm mereka dan menyiapkan diri untuk ke sekolah. Masing-masing sudah selesai solat di surau Al-takwa tadi. Darwish Adil sedang menegangkan katilnya. Dia terpaksa membongkok kerana katilnya berada di bawah.

Tiba-tiba dia terlanggar dengan seorang lelaki. Lelaki berbadan besar itu mendongak. Pemuda yang mengenakan baju kemeja putih lengan panjang dan seluar putih. Tali leher merah elok diikat. Lelaki itu sedang menegangkan katil atas. Darwish mengesahkan pelanggaran tadi. Dia mahu segera ke kelas.

Segera tote beg dan botol air dicapai. Darwish menuju ke arah pintu keluar. Pergerakan lelaki itu terhalang. Darwish mengetap bibirnya. Dia memandang ke tepi, ada seorang lelaki yang mahu keluar dari dorm itu pada waktu yang sama, membuat laluan itu tersekat. Lelaki yang sama.

Darwish lantas ke belakang, memberi ruang kepada lelaki yang mahu lalu tadi. Lelaki itu juga memberi ruang kepada Darwish.

"Kau tak nak lalu ke?" soal lelaki itu.

"Hish," Darwish keluar dari dorm itu. Dia secara tidak sengaja menolak dada lelaki itu. Menyebabkan belakang lelaki itu menghentam papan pintu.

"Aduh, sakitlah gila," ucap lelaki itu.

"Yeke?" balas Darwish tanpa langsung memandang ke belakang. Dia hanya menyarungkan kasut lalu pergi dari situ. Kaca mata dibetulkan dalam perjalanan.

Lelaki berbaju putih itu mengusap belakangnya. Sakit. "Kuat jugak, Wish tolak tadi,"

"Azrief, kau okey tak ni?" tegur seorang lelaki berbaju kemeja lengan panjang kuning berserta seluar slack. Terdapat tag nama yang tertulis 'Ikhwan Ammar'

"Okey je Ammar," balas Azrief lalu pergi ke arah kasutnya. Dia menyarungkan kasut kulit hitam. Blazer hitam dikeluarkan dari dalam beg sandang.

"Kenapa Wish tu moody je harini? Aku nampak, kuat dia tolak kau tadi," ucap Ammar. Dia juga memakai kasut kulit hitam.

Azrief memandang ke hadapan. Dia melihat kelibat Darwish menghilang di satu selekoh. Matanya fokus di situ. Tidak bergerak. Nafas dihembus sekali. 

"Azrief!" Bahunya digoncang.

"Huh? Apa?" soal kembali lelaki berbaju kemeja putih itu. Kaca mata dibetulkan posisi.

"Aku tanya, kenapa Darwish tu moody harini?" ulang Ammar.

Azrief masih memandang laluan Darwish ambil tadi. "Entah.. aku pun tak tau,"

Kelas 5 Qurni~~

Darwish sampai ke kelasnya, 5 Qurni. Dia pergi ke mejanya. Meja yang berlokasi di hadapan sekali di sebelah kiri kelas. Berada betul-betul di sebelah tingkap. Sebelahnya pula kosong kerana rakan sekelasnya itu sedang berada di hospital. Mungkin 6 bulan lagi baru keluar.

"Study time," ucap lelaki berkaca mata itu. Dia mengeluarkan buku Kimia lalu menelaahnya. Sedang pembacaan dilakukan, satu per satu rakan sekelasnya memasuki kelas. Masing-masing menegur Darwish.

"Morning Wish!" tegur seorang rakan sekelas perempuannya.

Darwish tersenyum. "Morning!" Riang.

"Assalamualaikum..," Satu suara lelaki serak memberi salam. Darwish tahu suara siapa ini.

"Waalaikumussalam," Pemuda berbaju kemeja hijau menjawab salam perlahan seperti berbisik. Matanya ditatap kembali ke arah buku Kimia di atas meja. Tidak mahu memandang lelaki yang sedang berjalan dari muka pintu kelas 5 Qurni. 

Seorang lelaki berbaju kemeja putih lengan panjang dan seluar putih. Dia mengenakan tali leher merah. Azrief Safwan. Ketua Pelajar SBPAT. Dia menuju ke arah Darwish. Darwish membuat riak wajah kosong menyambung menelaah pelajaran. Beg sandang dilempar ke meja sebelah Darwish.

Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang