Azrief Safwan sedang berbaring di atas katil biliknya. Kipas berada di hujung katil membantu menyejukkan suasana. Tingkap bilik dibuka sedikit memberi celahan buat angin malam datang menyapa penghuni bilik itu.
Dia memegang telefon pintarnya. Tanpa dia sedar tangannya pantas mencari sebuah nama. Satu per satu huruf ditekan. "W-I-S-H"
Keluarlah nama kenalan itu di dalam aplikasi Whatappsnya. Azrief berkira-kira. Dia mengetap bibirnya. Hampir 1 tahun kenalan itu langsung tidak dihubunginya.
"I don't know," Lelaki itu meletakkan telefonnya ke tepi. Kepala ditekapkan pada bantal. "Argh! Kenapa aku ni!" Dia mengangkat wajahnya. Wajahnya monyok.
Dia meramas rambutnya yang sudah jelas serabai. "Kenapa aku fikir pasal dia lagi ni? Astagfirullahalazim...," Azrief meraup wajahnya. Mindanya tidak berhenti memikirkan seorang lelaki berbadan besar. Individu yang pernah rapat dengannya dahulu. Mata Si Ketua Pelajar melihat wajah Darwish Adil yang menjadi gambar profil nombor itu. Wish sedang tersenyum lebar menghadap kamera. Gembira... Comel?
Jiwa pemuda itu bercelaru. Hidupnya agak terhuyung hayang. Solat pun kadang-kadang telat waktunya. Tidak tenang.
Sejak pergaduhan dua lelaki itu, mereka langsung tidak bertegur sapa. Wish kerap pulang ke dorm lewat ataupun tidur dengan awal. Mencari jalan untuk tidak melakukan sebarang interaksi dengan Ketua Pelajar SBPAT itu.
Nasib saja pada minggu itu, balik beramalam dibenarkan. Ingatkan, Azrief bila dia pulang ke rumah, bolehlah dia berehat, akan tetapi...
"Kenapa aku makin stress pulak ni.... Ish!"
"Azrief.. kenapa bising-bising ni?" suara Puan Fatimah Halizah menegur di muka pintu bilik. Wanita berumur hampir 40 tahun itu, menyilangkan tangan di dada. Keliru dengan sikap anak sulungnya.
Azrief terkejut. Anak matanya membesar. Dia lantas duduk, lalu memandang wajah ibunya. Dia tersengih malu. "Eh, takde apalah mama. Azrief stress sikit je,"
Puan Fatimah menggeleng. Dia lantas duduk di sebelah anak bujangnya yang bersila di atas katil. "Stress pasal apa? Tak nak share dekat mama?"
"Takpelah, mama. Azrief okey je..," balas pemuda itu sambil memberikan senyuman lebar. Puan Fatimah menyentuh pipi anak lelakinya. Dia juga membalas senyuman.
"Jangan stress-stress sangat. Hidup ni penuh dugaan, Azrief. Kita kena cuba lalui sebaik mungkin..," pesan si ibu.
"Mama,"
"Ye,"
"Kalau kita ada buat salah dengan seseorang kita kena buat apa?"
Puan Fatimah Halizah memegang tangan anak lelakinya. Dia mengelus lembut. "Kita cuba untuk mintak maaflah pada dia. Cuba sebaik mungkin. Doa pada Allah, lembutkan hati seseorang tu. Kalau, dia tak maafkan kita takpe.. sekurang-kurangnya kita dah buat yang terbaik. Allah akan nampak usaha kita kalau betul kita buat,"
Azrief Safwan menunduk. Dia memikirkan jawapan yang telah diberikan oleh bondanya yang satu. Tanpa diminta, perempuan tua itu memberi pelukan penuh hangat kepada anak sulung keluarga itu. Tangannya mengelus belakang tubuh Si Azrief. Memberi kedamaian.
"Mama tak tahu Azrief lalui apa.. tapi mama doakan masalah Azrief dengan seseorang tu cepat diselesaikan...," bisik wanita itu tepat pada telinga Azrief. Azrief tidak mampu menahan dirinya. Air matanya tumpah.
"Shushh.. takpe..mama ada kat sini..,"
Entah mengapa, dirinya merasakan sangat emosi pada malam itu. Pelukan ibunya penuh ketenangan. Memberikan semangat.
"Awak tak patut manjakan sangat, Azrief tu..," suara garau datang dari belakang anak beranak itu. Azrief Safwan pantas meleraikan pelukan. Dia kenal akan pemilik suara itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
RomanceKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...