CH 12: Debate VS Bahas (P1)

558 21 28
                                    

Azrief melangkah masuk ke dalam kelas 5 Qurni. Matanya menangkap susuk tubuh seorang lelaki yang tembam berada betul-betul di muka pintu kelasnya. Dia berhenti seketika di tengah jalan. Dia menarik nafas. Rambut diramas sebentar.

"Come on, Azrief. Dia tak salah," Azrief Safwan menekup wajahnya. "Astagfirullah,"

"Well, you seem in some sort of trouble, Head Boy," Suara lunak seorang wanita datang daripada belakang Ketua Pelajar SBPAT. Dia kenal suara itu. Suara salah seorang guru sekolah berasrama tersebut. 

"Puan Maimunah...," Azrief Safwan menoleh ke kiri. Seorang wanita bertudung labuh dengan baju kurung hijau. Dia tersenyum. Puan Maimunah, Ketua Warden serta merangkap guru Bahasa Inggeris 5 Qurni. "Nothing actually, teacher. Just thinking,"

"You know you should speak up what's in your mind right? Don't hold it for too long," tiba-tiba suara seorang lelaki yang lantang datang dari belakang Ketua Pelajar itu. Dia menoleh.

Wajah menawan Badrul Nadhir berada betul di hadapannya. Dia sedang membawa beg guru wanita itu. Ketua Badan Dakwah dan Rohani itu tersenyum hingga ke telinga.

"Betul apa yang Badrul cakap tu, Azrief. Don't keep to yourself for too long," pesan Puan Maimunah. Dia mendahului untuk melangkah masuk ke dalam kelas 5 Qurni.

Azrief mengambil tempat di sebelah Darwish Adil seperti biasa. Badrul pula meletakkan beg Puan Maimunah lalu berjalan mendekati tempat duduk Azrief.

Badrul menyentuh bahu rakannya itu. Perlahan. Menarik perhatian.

"Ingat pesanan aku, Azrief," Badrul terus berlalu. Dia kembali duduk di posisi biasanya di bahagian meja tengah.

Azrief menggeleng. Dia menyahkan tangan Ketua BADAR SBPAT itu Dari bahunya. Matanya tidak memandang lelaki itu, Azrief hanya fokus ke arah Puan Maimunah.

Wish dapat lihat perilaku individu di sebelahnya. Rasa curiga juga muncul melihat apa yang Badrul Nadhir baru sahaja lakukan.

"Something fishy is going on here," detus hati kecil Darwish Adil. Dia memegang pen di tangan kuat. Bibir diketap. Tanpa sedar, matanya memandang wajah Azrief Safwan yang khusyuk melihat meja guru.

Tanpa sedar, Wish tersenyum sendiri. Dia menarik nafas."Jujur nak gelak tengok muka dia serius," bisik lelaki berbaju kemeja hijau itu.

"So, today class, kita akan buat training untuk speaking test ye.."

"YES!" Seisi kelas bersorak riang mendengar perkara tersebut. Gembira boleh melakukan Latihan bertutur itu. Tetapi bukan bagi Wish. Dia hanya mampu mengetap bibir.

"Kau tak happy ke weh?" soal Azrief yang disebelah. Wish hanya tersenyum nipis. Tidak banyak bereaksi.

"But..,"

Suasana yang riang tadi kembali diam. Mata semua pelajar kelas 5 Qurni itu mengalihkan pandangan ke arah guru Bahasa Inggeris mereka. Masing-masing menunggu Puan Maimunah menghabiskan ayat beliau.

"We are going to held our class at the School Square. But we're going to witness a talk or a discussion between two people. So we can all learn and observe the speaker,"

"Teacher, siapa 'two people' tu?" Seorang pengawas sekolah perempuan bertanya. Semua mata kembali memandang guru Bahasa Inggeris itu.

"Azrief and Darwish,"

Mata Darwish Adil membulat. Dadanya berdegup kencang. Keadaan semakin menyesakkan hati kecil lelaki berbadan besar itu. Dia meneguk air liurnya.

Mulut seisi kelas mula bersuara. Bising di setiap sudut.

Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang