~~~~~~
Azrief sedang berjalan bersama Ikhwan Ammar menuju ke sekolah. Kedua lelaki itu sedang mengenakan t-shirt berkolar beserta seluar trek. Mereka ingin bersedia membantu apa-apa untuk BBQ Perdana pada petang itu.
Sedang mereka melalui susur gajah, minda Ikhwan Ammar tiba-tiba teringat akan satu hal. "Azrief," nama sahabat yang berjalan beriringan dengannya dipanggil.
Azrief menoleh. Sebelah keningnya dijongketkan.
"Kau dengan Wish bukan rapat ke dulu?" soal pengawas sekolah itu.
Azrief terganggu dengan soalan itu. Langkahannya mulai perlahan. Dia mengangguk.
"Kenapa kau ngan dia macam tak rapat dah sekarang?" Ikhwan Ammar teruskan bertanya. Lelaki itu menyilangkan tangan di dada. Sifat ingin tahu dalam dirinya meluak.
"People can go from people you know, to people you don't." balas Azrief. Sekali nafas dihembus. Berat. Pandangan ketua pelajar itu tertala pada laluan mereka menuju ke sekolah.
Ikhwan Ammar perasan akan perubahan wajah sahabatnya itu. Rasa bersalah mula menyelebunyi dirinya. "Aku mintak maaf bro, kalau kau terasa," Tangan kanannya menepuk bahu Azrief beberapa kali.
Ikhwan seakan tahu yang hubungan antara Azrief dan Wish amatlah bermakna. Manakan tidaknya, sewaktu mereka berada di menengah rendah, kedua lelaki itu sangat rapat bagai belangkas. Pergi ke dewan makan, kelas malahan prep bersama. Tetapi entah mengapa, satu hari semua itu hilang.
Mereka berdua mula kurang bertegur sapa. Masing-masing seperti mengelak satu sama lain. Jikalau mereka berdua ada pun, suasana tidak selesa tercetus. Umpama ada tekanan yang mendesakkan nafas sesiapa di situ. Tegang.
~~~~~~
Sekarang~~
Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Waktu rehat pelajar menengah atas. Dan pada waktu inilah kantin SBPAT menjadi lokasi paling sesak. Tempat kedua sudah semestinya koperasi SBPAT. Memang berhimpit hanya untuk mendapat sepinggan nasi lemak ayam kantin yang enak dan popular di SBPAT. Kalau lambat 5 minit pun, sudah terlalu panjang barisan untuk mendapatkan makanan.
Itulah nasib Wish, Azrief dan Ammar. Mereka bertiga hanya memandang barisan panjang itu. Wish mengeluh.
"Aku dahlah mengidam nasi lemak kantin," Wish memuncungkan bibirnya ke hadapan. Dia menyentuh perutnya. Diusap beberapa kali. "Jomlah, nanti lagi lambat kita masuk kelas," Wish mengajak lalu memulakan langkah.
Ikhwan Ammar sudah ke hadapan. Sikit lagi Darwish Adil mahu menyertai barisan, bahunya ditarik kuat ke belakang. Matanya membulat.
Badan lelaki berbadan besar itu hampir kehilangan keseimbangan, mujur ada individu menyambut pinggangnya. Wajah dagu runcing Azrief Safwan menyapanya. Angin pagi menyapa mereka berdua, membuat rambut Si Ketua Pelajar beralun. Dadanya berdegup laju. Semakin laju darah dipam masuk dan keluar jantung.
"Janganlah terkejut sangat," tutur pemain bola keranjang itu. Dia membantu Wish untuk berdiri tegak.
"Kau tarik aku macam tu, macam mana aku tak terkejut," Wish membetulkan baju kemeja hijau. Serta tali leher dikemaskan di kolar baju.
"Kau duduk. Aku beli nasi lemak ngan air untuk kau." kata Azrief Safwan. Dia mendudukkan Darwish Adil di sebuah kerusi plastik. Lelaki berbaju hijau itu hanya menuruti. "Just sit here, okey,"
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
RomanceKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...