CH 6: Hospital (P2)

998 15 12
                                    

"Kreakkkk..," pintu bilik pesakit itu dibuka dari luar. Masuk beberapa individu dari luar bilik. Dapat dilihat dua orang individu bertudung litup labuh hijau dan putih.

Perempuan yang bertudung hijau itu memakai kaca mata berbingkai putih. Baju blouse hijau disertakan dengan seluar palazo hijau gelap. Wajahnya sedikit kecil bersama mata yang bulat. Bulu matanya lentik. Beg tangan hijau kecil erat disandang. Elly Adila. Along.

Di sebelah Elly Adila seorang perempuan bertudung putih susu. Baju kurung putih labuh bercorak bunga raya dikenakan oleh perempuan itu. Gincu di bibir dipakai secara sederhana. Tote beg putih tanpa corak setia di atas bahu. Rafaela Adila. Angah.

"Where's is my bro-," kata-kata Along tersekat di kerongkongnya. Matanya membulat. Dia melihat seorang individu yang membuatkan darahnya mendidih. Azrief Safwan. Mata anak pertama Puan Rosmiza itu membulat.

"KAU BUAT APA KAT SINI!" Laungan kuat keluar dari mulut Elly. Penumbuk digenggam. Beg tangan hijau ditolak ke belakang.

Azrief lantas terkejut sebaik sahaja laungan Elly Adila tamat. Cepat sahaja lelaki itu melepaskan pegangan dari tangan Darwish Adil, adik kepada dua perempuan di hadapannya.

Angah mengetap bibir. Gincu ada yang terlekat di gigi. Dia mengesahkan penampilannya. Hatinya penuh amarah. Dia kenal dengan ketua pelajar SBPAT itu.

"Sa..saya.. tak buat a.. apa... pun," tergagap-gagap Azrief cuba mengeluarkan dialog. Tanpa dia sedar pandangan tajam dari Kak Long dan Kak Ngah Darwish membuatkan dia takut.

Elly Adila mengambil langkah. Rafaela membontoti di belakang. Dua wanita itu tiba di hadapan Azrief. Nafas mereka laju. Marah.

Azrief Safwan terkebelakang. Takut.

Mata Along tertancap ke arah adik bongsunya yang sedang berbaring di atas katil. Wajah Darwish Adil jelas pucat dan lesu. Masih tidak sedarkan diri. Lengan bajunya yang dilipat sedikit menampakkan kembali luka lama. Air mata Along mengalir.

Anak pertama itu cuba membetulkan nafasnya. Mata dikatup. Sekali lagi nafas diambil. Mata kembali dibuka. Merah. Linangan air mata dibiarkan tidak diseka. Tangan anak pertama itu menurunkan lengan baju adiknya. Dia tidak mampu melihat kesan parut itu lama. 

"Azrief... apa kau buat dekat sini?" Perlahan Along bertanya. Matanya tajam memandang wajah lelaki di hadapannya. Azrief sudah tersepit, di belakangnya adalah dinding. Dia tidak boleh lagi berundur.

Senyap. Tiada jawapan. Lengan blouse Elly Adila digosok-gosok. Nafasnya diambil sekali lagi.

"Kau buat apa kat sini?"

Masih senyap.

"Jawablah! Pekak badak ke?" Rafaela Adila di belakang mula hilang sabar dengan Azrief. Lengan baju kurungnya mula disinsing, menampakkan inner lengan berwarna hitam.

"Saya..," jawab Azrief tidak habis.

"Dia teman kitaorang, kak long, kak ngah," suara lembut datang dari arah belakang. Qairyn.

Serentak itu, Elly dan Rafaela berpaling. Mereka berdua melihat Qairyn sedang menghampiri mereka sambil diiringi Dyra. Muka masing-masing jelas lesu. Penat menangis.

Elly dan Rafaela segera memeluk kedua pelajar perempuan itu. Satu keluarga Darwish kenal dengan dua perempuan itu. Qairyn dan Dyra memang rapat dengan keluarga Darwish. Jadi adik beradiknya memang melayan dua kawannya itu macam keluarga mereka sendiri. Pelukan dilepaskan.

"Wish kene panic attack kat sekolah tadi," jawab sayu Qairyn.

"Habistu macam mana jantan tu boleh ada kat sini?" soal Along. Tudung hijaunya dibetulkan sekejap.

Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang