CH 38: Bersama

150 11 1
                                    

"Wish..." Satu suara halus dapat didengar dari kejauhan. Darwish Adil menggeliat sebentar. Tapi tubuh dan mindanya masih lena dibuai mimpi indah yang dia sendiri tidak tahu apa. 

"Wish..." Goncangan lembut dari bahunya. 

"Apa..?" balas Wish dalam mamai. Pemuda itu kembali menyelimuti selimut hingga ke bahagian dada. 

"Bangun, Wish..," Suara garau itu hinggap lagi ke dalam telinganya. 

"Alah.. ngantuk...," 

Satu kucupan hangat diberi pada dahi Si Darwish. Belaian lembut sekali lagi pada pipi tembam Si Lelaki. "Wish, Sayang bangun," ucap suara itu buat kesekian kalinya. 

Tubuh Darwish Adil dibangunkan. Sekarang lelaki itu sedang duduk melunjur di atas katil bawah di dalam Dorm 1.1. Dia masih dalam keadaan mamai. Pemuda itu meruap wajahnya. Wish membuka matanya yang masih kabur. Lampu kalimantang yang malap itu dapat menyinari pemandangannya. 

Azrief Safwan sedang duduk di sisi katil milik Wish. Ketua Pelajar itu sedang memberikan senyuman nipis kepada pemuda yang masih mamai. Sebelah tangan pergi ke kepala Wish dan memberikan satu belaian lembut. 

"Yang, bangun," lembut Azrief memujuk. 

"Pukul berapa dah ni?" 

"4.30." 

"Hah!" Mata Darwish terbeliak. Patutlah langit di luar masih gelap. Bibir pemuda itu dijuihkan ke hadapan. Mata dia ditutup kembali. "Awallah you. I nak tidur, ngantuk..," 

"Jomlah bangun mandi. Kita solat tahajjud sama-sama," Azrief Safwan mengambil kedua belah tapak tangan Wish lalu mengurutnya kejap. Lembut sentuhan diberi. 

"Malaslah." 

"Wish, jomlah," rayu Azrief. Dia merapatkan wajahnya dengan pipi Wish. Sebuah kucupan hangat dihadiahkan di kawasan itu. "Please," Mata Azrief dibulatkan. Pipi lelaki itu dikembangkan. Kedua tangan disatukan, memohon permintaannya diterima. 

"Ish, manjalah dia ni," tutur lelaki berbadan besar itu sambil menggeleng. Dia meraup wajah sekali lagi. "Yelah jom." Dia membuka balutan selimut dari badannya. 

Azrief semakin hari semakin manja dengan dirinya. Suka diajak untuk melakukan sesuatu perkara bersama-sama. Makan. Pergi ke dewan makan. Pergi ke tandas. Menemani Azrief pergi ke latihan bola keranjang. Solat dan kadang-kadang menemani dan mengajar Wish membaca Al-Quran. Mudah merajuk dan berperilaku seperti kanak-kanak apabila dengan Darwish. 

Bukan seperti Wish tidak suka. Dia sangat menyukai perkara ini. Cara Azrief melayani dirinya. Cara dia disayangi. Ciuman yang dia dapat kebanyakkan sewaktu malam, semasa orang lain sibuk dibuai mimpi. Tapi bukan di mulut. Kesemua ciuman kecuali di mulut! Takkan dia mahu mencium Azrief di tempat awam. Takut satu masalah lagi timbul. 

Ketua Pelajar SBPAT itu mengangguk sekali sambil mengukir senyuman lebar. Dia bangkit dari duduk. Sebelah tangan membelai kepala anak Puan Rosmiza sebelum pergi ke loker miliknya. 

Azrief membuka baju t-shirt biru miliknya. Menampakkan belakang badan berbentuk segi empat tepat. Bersama-sama dengan dengan otot belakang yang menarik perhatian mata Wish. Pipi Darwish merah padam. 

Jarang dia dapat lihat pemandangan ini. Kebiasaannya Azrief tidak membuka baju untuk mandi, hanya membuka seluar dan melitupi pusat dan ke bawah dengan tuala. Dulu memang susah Wish ingin melihat pemandangan sebegini. Tapi tidak lagi sekarang. Nampaknya seperti ada individu yang mahu menunjuk pada Wish. 

Tapi mata Wish perasan akan sesuatu. Ada beberapa garisan yang samar-samar ada di belakang tubuh pemuda berbadan kurus itu. Darwish Adil bangkit dari duduk. Dia berdiri di belakang Azrief. 

Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang