CH 19: Cerita

388 14 3
                                    

Azrief Safwan lantas bangkit dari duduk. Wajahnya penuh kerutan. Kedua belah tangan digenggam erat. Ikhwan Ammar yang baru tiba, cepat-cepat menghampiri Wish lalu cuba memeriksa tubuh lelaki berbadan besar itu.

Azrief memandang tajam Iman Kamal di tingkat atas. Dia terus berkejar ke lelaki itu lalu menggenggam kolar baju t-shirt pelajar tingkatan 4 itu. Amarah lelaki itu mula mengawal diri. "Kau buat apa setan?!"

Iman Kamal terkaku. Lidahnya kelu. Tidak mampu berbicara. Kaget dengan situasi yang berlaku di hadapannya.

"Aku tanya kau ni. Jawablah! Kau buat apa!"

"A..aku mintak tolong Wish bawakkan me..meja tu naik ke atas nak han..hantar kat belakang je. Aku sum..sumpah tak tahu macam mana Wish boleh jatuh,"

Pandangan tajam Azrief menusuk Iman. Dadanya berdegup laju. "Eyy! Kau ni kan!" Tangan kanannya sudah bersedia untuk menumbuk. Tidak dapat diteruskan. Ketua Pelajar itu sedar yang perkara ini berlaku bukan sebab pemuda itu.

Dia melepaskan pegangan.

"Kau panggil budak kau kemas meja tu balik," Azrief menunjuk ke arah serpihan meja guru yang sudah pergi ke merata arah.

"O..okey," Iman Kamal tergopoh-gapah berlari memanggil para sahabatnya.

Pemuda tingkatan 5 Qurni itu menuruni tangga lalu menghampiri tubuh Wish. Matanya tertancap pada Ikhwan.

"Banyak kawasan yang merah. Tapi aku rasa takde yang patah. Lengan kanan Wishlah banyak calar," tutur Ikhwan setelah memeriksa keadaan rakan sekelasnya.

"Jom bawak dia pergi bilik sakit,"

Ikhwan setuju dengan cadangan rakannya itu. Mereka berdua memapah Darwish Adil pergi dari situ.

"Dah blahlah tak payah penuh kat sini!" laung Azrief mula rimas dengan ramai pelajar yang memenuhi lokasi itu. Wish menggeleng sambil menahan perit. Tidak setuju dengan tindakan Azrief Safwan.

"Go," sepatah arah putera bongsu Puan Rosmiza Elanor. Cukup untuk membuat para pelajar berhampiran mereka mula membuka ruang dan berlalu dari kawasan itu.

Intan dan Qairyn ~~~~

Kedua pemudi itu lihat kejadian yang terjadi dari pandangan belakang Wish. Mereka dapat lihat ada seorang individu yang menarik sahabat mereka hingga jatuh menuruni tangga. Wish ditarik!

Individu itu berlari ke arah blok B SBPAT.

"Sial!" Intan Dyra memulakan langkah mengejar pelaku itu. Di sekeliling mereka berdua ada beberapa pelajar perempuan tingkatan 4 yang sedang sedang sibuk menyapu lantai. Masing-masing terkejut dengan tindakan Intan Dyra.

"Ikut Kak Intan!" arah Qairyn.

Pantas yang lain mengejar larian senior mereka. 3 orang pelajar tingkatan 4. Qairyn pula berkejar ke arah Wish.

Larian Intan pantas disertai oleh pelajar perempuan yang lain. Di hadapan mata mereka, ada seorang individu yang turut berlari pantas. Pakaiannya serba hitam. Sosok tubuhnya berupa seorang lelaki.

"Babi, kacau kawan aku!" Intan Dyra memecut.

Hampir sahaja dia mencapai baju lelaki itu. Lelaki itu telah memecut, jauh meninggalkan Intan. Dia  masuk ke laluan kanan. Intan cepat mengikuti jejak individu itu.

"Hilang?!"

Larian Intan terhenti. Dadanya turun naik, mengambil nafas. Matanya menala ke setiap arah. Hilang. Tiada jejak. Para juniornya juga baru sampai.

"Mana dia kak?"

"Hilang."

Mereka berempat berhenti di situ. Mengambil nafas. Cubaan mereka kali ini tidak berjaya. Siapakah individu yang melakukan hal ini? Ini soal hidup dan mati. Kejadian tadi boleh sahaja meragut nyawa Wish.

Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang