CH 9: Jaga (P2)

618 20 12
                                    

Jam 9, Ruangan solat Keluarga Encik Jamiludin~~~

Keluarga itu baru sahaja selesai membuat bacaan Al-Quran bersama-sama. Encik Jamiludin dan 4 orang anak perempuannya keluar dahulu dari ruangan itu. Tinggallah Darwish Adil dan Puan Rosmiza Elanor.

Puan Rosmiza masih bertelekung dan sedang bersila di atas sejadahnya. Dia sedang membaca pesanan mesej yang dia dapat. Darwish pula baru siap menyidai sejadah.

Anak bongsu itu memandang ibunya. Nafas dihembus perlahan. "Ibu..," panggil anak itu.

"Ya, sayang," jawab Puan Rosmiza sambil mengalihkan pandangan ke arah anaknya. Telefon pintar diletak ke atas sejadah. Memberi perhatian kepada Darwish.

"Kenapa sayang?" Puan Rosmiza bertanya lagi. Sekuntum senyuman terukir.

"Adik, nak tanya soalan boleh?" soal anak lelakinya. Wajahnya nampak kelat.

Ibu perasan akan perubahan yang ada pada anaknya. Fokus diberi. "Boleh sayang, sini duduk sebelah ibu," Tangan ibu menepuk sisi kanannya yang kosong.

Darwish mengambil tempat itu. Keluhan keluar dari mulut anak bongsu itu. Seperti ingin melepaskan segala beban yang berada dalam dirinya.

"Adik kecewakan ibu ke?" soalan itu keluar dari mulut Darwish Adil.

"Eh? Apa adik cakap ni. Kenapa ibu nak kecewa pulak?" Wajah Puan Rosmiza jelas terkejut dengan pertanyaan itu. Laju tangannya mencapai bahu anak lelakinya itu. Membelainya perlahan.

Tiba-tiba bahu anak lelakinya itu terhenjut-henjut.

"Huf.. Huf.. ibu tipu.." bunyi esakan kedengaran dari anaknya.

"A.. adik ta..tahu ibu kecewa dengan a..adik..," tutur budak lelaki itu. Esakan mengekori setiap tutur katanya. Kedua-dua belah tangannya menutup wajah.

Lengan baju melayu lelaki itu tersinsing, menampakkan luka dan parut. Banyak yang mempunyai kesan dan kemerah-merahan. Mencederakan diri sendiri.

"Astagfirullah.. apa adik cakap ni, adik tak kecewakan ibu pun sayang..," hati Puan Rosmiza Mula terpukul dengan apa yang terjadi di hadapan matanya. Perlahan-lahan matanya berair. Tidak sanggup melihat anaknya sedemikian.

Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang