CH 4: Partner

1.4K 18 32
                                    

Sekarang adalah waktu Bahasa Inggeris. Subjek yang menarik buat Darwish. Dia sedang mendengar penjelasan dari gurunya, Teacher Maimunah. Darwish Adil sedang duduk di tempatnya. Bersebelahan dengan tingkap. Bayu angin meniup ke wajahnya. Sejuk. Nyaman.

"Class, next class we are having speaking test, so please give me name for partner," beritahu Teacher Maimunah.

Darwish mengukirkan senyuman. Dia memang suka dengan ujian bertutur Bahasa Inggeris.

"Teacher," lelaki di sebelah Darwish memanggil guru wanita yang sedang mengemas bukunya di meja.

"Yes, Azrief," balas guru itu.

"Saya dengan Wish," lancar ketua pelajar itu mengatakan pasangannya. Mata Darwish Adil membulat.

"Ouh. Our first partner. Thank you, Azrief," kata Teacher Maimunah sambil tersenyum. Dia mengeluarkan sehelai kertas lalu mencatat apa yang diberitahu ketua pelajar tadi.

Mulut Darwish terbuka luas. Masih tidak percaya dengan lelaki itu.

Sejurus selesai memberikan ucapan terima kasih dan doa, guru Bahasa Inggeris itu keluar dari kelas 5 Qurni. Sebaik jejak guru itu hilang dia memandang tajam lelaki di sebelah. Wajahnya tidak bersalah.

Laju Darwish mencapai bekas penselnya miliknya lalu memukul peha lelaki di sebelahnya. Kuat.

"Aduh!" jerit kecil lelaki itu. Dia laju mengusap kawasan yang dipukul oleh pengawas buku teks tadi.

"Kenapa kau kata kat teacher yang aku partner dengan kau!?" soal lantang Darwish.

"Bukan kita memang partner ke?" Lelaki berbaju putih itu tidak menjawab soalan malah memberi kembali soalan kepada Darwish.

"Sejak bila aku setuju?"

"Bukan dulu kau memang nak partner oral dengan aku ke?"

Darwish Adil mengetap bibir. Nafasnya kembali laju. Dia mengetuk meja kuat. Habis satu kelas 5 Qurni itu memandang arah mereka berdua. Terkejut dengan tindakan Darwish tadi. Azrief Safwan termasuk dengan golongan itu.

"Itu dulu!" laung Darwish. Lelaki berbaju hijau itu lantas bangkit dari duduk. Dia terus mahu menuju ke luar kelas.

Pergerakan Darwish tergendala. Azrief sedang memegang lengan bajunya. Darwish memejam matanya.

"Lepaslah!" kata Darwish sambil meninggikan suara. Pandangan satu kelas dia tidak kesah.

"Kau nak pergi mana?" soal ketua pelajar itu. Dia tidak membalas dengan suara tinggi, tidak mahu mengeruhkan situasi. Matanya memerhati sekeliling. Risau apa yang rakan sekelas mereka fikirkan nanti.

"Aku nak pergi jumpa dengan Teacher Maimunah. Aku nak tukar partner," jawab Darwish.

"Wait. Wait. Wait. Lepasni Kimia, kat makmal. Nanti cikgu tanya pulak kau pergi mana. Nanti-nantilah jumpa Teacher Maimunah," bisik Azrief memujuk lelaki yang sedang dia pegang.

Dada Darwish Adil jelas berombak. Dia cuba menarik nafas beberapa kali. Dia kembali ke tempat duduknya.

"Lepaslah!" Darwish menarik lengan bajunya dari pegangan Azrief. Azrief melepaskannya.

Darwish mengemas bukunya. Dia mahu segera keluar dari kelas itu. Buku kimia dicapai. Tidak melupakan bekas penselnya.

"Sabar Wish...Sabar," tutur lelaki itu. Dia keluar dari kelas. Destinasinya selepas ini makmal Kimia.

Mata dipejam. Nafas ditarik beberapa kali, cuba menenangkan diri sendiri. Mindanya mengimbau memori lama.

Flashback (3 tahun yang lalu)

Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang