CH 15: Teman (P2)

439 14 8
                                    

Flashback 3 tahun yang lepas~~~

Pada tahun ini, Azrief Safwan baru sahaja memulakan jejak langkahnya dalam bidang kepimpinan sekolah. Dia telah berjaya mendapat jawatan pengawas sekolah. Para guru sukakan sikapnya dan prestasi akademiknya yang cemerlang.

Malam itu, Azrief telah ditugaskan untuk menjaga sebuah kelas tingkatan 1. Pemuda itu sedang menuju ke kelas sahabatnya, Darwish Adil di kelas 2 Murni. Buku ditangan digenggam erat.

"Assalamualaikum," ucap pemuda itu. Dia masuk sebaik mendapat kebenaran.

Dia laju ke meja Darwish. Dia mengetuk hujung meja lelaki itu dengan jari telunjuk. Mengambil perhatian pelajar lelaki itu.

Wish mengalihkan pandangan ke atas. Tangan yang asyik menulis tadi berhenti. Wajah Azrief yang dihiasi dengan jawline yang tajam menjadi pandangan. Pemuda berbadan besar itu tersenyum lebar. Pen terus diletak, secara tidak langsung Wish memegang tangan Azrief yang mengetuk meja.

Azrief Safwan membalas senyuman ikhlas itu. "Jom, teman aku jaga kelas," pelawa pengawas itu.

Dahi Darwish berkerut. Kepalanya senget ke kiri. "Tapi aku bukan pengawas," Terus mulut pelajar itu memuncung jauh.

"Hey, budak form 1 tu tak tau kau pengawas ke tak, Wish," Azrief meyakinkan sahabatnya lagi.

"Kalau warden round?"

"Ahh tabrak je. Jomlah.... teman aku. First time ni,"

Wish hanya menggeleng sekali. "Yelah, jom," Dia pantas mengemas barang-barang yang dia mahu bawa. Kemudian, bangun lalu jalan beriringan dengan sahabatnya, Azrief Safwan.

"Kau jaga kelas mana?" soal Wish sambil mendaki tangga ke tingkat atas. Tingkat tingkatan 1. Baru sahaja sampai ke tingkat itu dahi Wish sudah berpeluh.

"1 Nurani," Azrief menjawab sambil menggapai sehelai tisu dari poket baju melayunya. Tanpa disuruh, lelaki yang lebih tinggi itu mengelap titisan peluh itu. Matanya memandang Wish. Sebuah senyuman penuh tenang diberi.

Wish pula hanya tersenyum malu. "Thanks," dia mengambil tisu dari tangan Azrief. Dia memulakan kembali perjalanan mereka yang terhenti sebentar tadi.

"Welcome," balas pemuda kelas 2 Qurni itu.

Dia mengikuti langkah sahabatnya sehingga berada betul-betul di muka pintu kelas 1 Nurani. Mata mereka berdua membulat.

"Woi, bagilah aku punya!"

"Ye weh, aku pun tak percaya!"

"Dahlah bodoh!"

Bising sahaja kelas itu. Para pelajar sedang berkeliaran ke sana ke sini. Tidak duduk di tempat masing-masing. Malahan ada yang sedang tidur. Tidak terurus.

Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang