2 tahun yang lalu~~
Hujan sedang turun lebat. Suasana dalam kereta Alphard berwarna putih itu sejuk. Tetapi jantung masing-masing berdegup kencang.
Seorang wanita berumur sedang duduk menunggu di kerusi sebelah pemandu. Wajahnya resah. Telefon pintar ditatap beberapa kali seperti menunggu sesuatu. Suaminya di tempat pemandu hanya memandang tajam pintu masuk sekolah di hadapannya itu. Dagu dipegang. Jamiludin Adil.
"Adik.. Mana adik ni," tutur wanita tua itu. Rosmiza Elanor. Kakinya digerakkan, tidak mampu diam. Dia mengetap bibirnya.
Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. Sudah kosong kawasan menunggu di hadapannya itu. Hari ini adalah hari pulang bermalam wajib untuk pelajar sekolah itu, tetapi anak lelakinya tidak kelihatan. Pemandangan yang ada hanyalah langit muram dan ruang menunggu murid yang tiada pergerakan kecuali dedaun kering ditiup angin.
Rosmiza Elanor memandang ke arah belakang. Wajah keempat-empat anak daranya juga risau seperti dirinya.
"Along.. adik ada call along sepanjang sebulan ni?" Soal wanita bertudung hitam itu.
Seorang perempuan berbaju hijau berserta shawl hijau gelap berkaca mata hijau. Elly Adila. Dia menggeleng laju. "Adik tak call along langsung,"
"Angah?" mata Puan Rosmiza memandang pula perempuan di sebelah Along. Wanita berbaju blouse, tudung putih susu berserta seluar palazo. Angah. Rafaela Adila.
Angah mengetap bibirnya. Dia menggeleng.
"Alang?"
Seorang perempuan berbaju t-shirt merah beserta handsock dipadankan dengan tudung shawl merah bercorak bunga ros dan mawar. Perempuan itu berkaca mata. Erika Adila.
"Takde ibu," jawab Erika.
"Ateh?" Wajah Rosmiza seperti mengharap.
"Takde bu," balas seorang wanita berbaju batik unggu dipadankan dengan tudung bawal bercorak bunga. Seluar longgar muslimah dikenakan. Raihana Adila.
Rosmiza Elanor kembali memandang ke arah pintu sekolah asrama itu. Menunggu seseorang. Dia mengetap bibir. Termasuk hari ini sudah sebulan anak lelakinya tidak menelefon dirinya.
"Adik.. mana adik ni?!" laung wanita itu tidak keruan. Jamiludin Adil di sebelah memegang tangan isterinya. Dia mengusap lembut.
"Sabar," kata lelaki berjambang nipis itu sepatah. Dia memandang tajam sekolah itu. Papan tanda sekolah itu tertulis Sekolah Berasrama Penuh Air Tawar. SBPAT singkatannya.
Guruh berdentum. Hujan semakin lebat membasahi tanah di luar SBP ini. Jantung Rosmiza serta semua anak-anaknya berdegup kencang. Keadaan anak lelaki bongsunya masih tidak diketahui. Guru kelas sudah dihubungi supaya memesan agar anak lelakinya menelefon. Tetapi mereka sekeluarga masih tidak mendapat sebarang panggilan.
"Ibu tengok tu!" laung Elly. Jari telunjuknya diarahkan ke satu tempat.
Semua penumpang dalam kereta Alphard putih itu memandang ke arah yang dituju Elly.
Seorang budak lelaki berbaju kemeja hijau lengan panjang dan seluar slack hitam. Dia mengenakan tali leher berwarna biru muda. Pemakaian untuk Pengawas Buku Teks. Memakai kaca mata. Budak lelaki itu keluar dari pagar sekolah dengan penuh longlai. Perlahan. Bajunya basah disebabkan air hujan. Langsung tidak bereaksi. Kosong. Di tangannya kosong, tiada sebarang beg.
"Ya Allah! Adik!" Wanita tua itu laju keluar dari perut kereta. Dia berkejar mendapatkan anak terunanya itu.
"Kejar ibu cepat!" arah Jamiludin Adil. Laju anak-anak perempuan ya keluar dari perut kereta itu. Elly dan Rafaela mendahului adik mereka. Mengejar ibu mereka.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
RomanceKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...