CH 3: Layan

1.8K 18 39
                                    

Darwish Adil, Intan Dyra dan Qairyn Qarina sedang menikmati roti coklat yang mereka beli di koperasi sekolah tadi. Mereka bertiga sedang duduk di meja batu disebelah koperasi.

Dariwsh sedang duduk berhadapan dengan Dyra. Qairyn pula mengambil tempat di sebelah sahabat perempuannya.

"Wish, kau okey tak?" soal Intan Dyra. Perempuan itu mengelap bibirnya dengan tisu. Menghilangkan kesan coklat pada mulut. Qairyn Qarina juga seperti menunggu jawapan.

Sebelah kening Darwish terangkat. "Okey je. Asal tak okey pulak?"

"Yelah nampak macam monyok je waktu perhimpunan tadi," kata Dyra.

"Haaa.. Dyra kantoi usha aku!" kata Wish. Dia tersengih dengan baki roti coklat dalam mulut.

"Haaa Dyra kantoi," Qairyn Qarina menyambung.

"Elok sikit ehhh.. aku sebagai kawan yang baik, tengok keadaan kau okey. Takde masa nak usha kau," terang Dyra. Dia menggumpal plastik roti coklat miliknya.

"Takdelah babe, aku okey je... Just Azrief tu.."

Sebaik sahaja nama Azrief disebut kedua mata perempuan itu membulat.

"Apa jantan tu buat kali ni?" soal Dyra

"Dia buat apa kat kau?" Qairyn bertanya.

Darwish Adil menggeleng kepala. Nasib dia mendapat kawan baik seperti ini.

"Takde apalah. Dia cuba nak interact dengan aku je. Macam biasa," jawab lelaki berbaju hijau itu.

"And let me guess, kau ghost dia kan?" teka wanita bertudung kelabu, Qairyn. Darwish menggeleng.

"Aku tak ghost dia. Aku layan je dia, tapi tak over lah. Just layan dia kosong,"

Qairyn dan Dyra menggeleng serentak. Kedua-duanya melepaskan nafas berat.

"Kenapa kau layan jugak mamat tu?" soal Dyra.

"Ye.. kau tak payahlah layan dia. Ghost je dia,"sambung ahli BADAR itu.

Darwish senyap. Dia menggumpal plastik coklat dalam tangan. Dia melepaskan nafas berat.

"Kau lupa ke apa jantan tu buat kat kau dulu?" Intan Dyra memandang tajam sahabat lelaki di hadapannya itu.

"Kau lupa cara dia layan kau dulu? Macam sampah babe! Aku ulang, dia layan kau macam sampah," sambung perempuan bertudung kelabu itu. Dia menongkat dagu turut sama memandang Darwish.

"Dia tak layan kau macam manusia langsung, kau lupa ke Wish?" ulang Dyra.

"Tak!" suara Darwish ditinggikan sedikit.

"Aku tak lupa cara dia layan aku. Aku tak lupa cara dia pandang aku dengan jijik. Aku tak lupa," jawab Dariwsh Adil.

"So? Kenapa nak layan jugak Si Azrief tu?"

"Aku.. aku..," Darwish tidak jadi menghabiskan ayatnya. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Come on, Wish! Move on!" Qairyn menyampuk setelah sekian lama berdiam diri.

"I'm trying okey,"

Perbualan tiga sahabat itu terpaksa ditangguhkan, ada orang menghampiri mereka. Seorang lelaki berbaju putih dan bertali leher merah. Ketua pelajar mereka.

Tangannya seperti memegang sesuatu. Aiskrim?

Azrief berjalan menghampiri mereka. Dia berhenti di sebelah Darwish. Dia meletakkan aiskrim di hadapan Darwish lalu menolaknya menghampiri lelaki berbaju hijau itu.

Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang