Darwish Adil sedang membaca sebuah novel di meja batu di kawasan dataran asrama lelaki. Seronok. Salah satu hobi yang mampu memberi ketenangan kepada minda dan hatinya. Buku pilihannya pada malam ini adalah Cinta-
"Perhatian kepada semua pelajar aspura. Di sini ada satu pemberitahuan. Pada hari esok pihak sekolah akan mengadakan BBQ Perdana. Jadi makan malam pada hari esok bukan di Dewan Makan tetapi di dataran sekolah.
Jadi esok tugasan akan dibahagikan, so harap semua dapat ambik cakna ye.
Form 5 akan handle bakar-bakar esok-,"
"Okey aku dah tahu tugasan aku," kata Wish lalu kembali fokus kepada pembacaannya. Cukuplah dia tahu tugasan tingkatan 5. Dia sambung membaca. MP3 dicucuk dengan earphone lalu disumbatkan dalam kedua belah telinganya.
Lelaki yang terlebih berat badan itu melihat kembali playlist miliknya. Lagu 'Drunk text' yang di'pause'kan sewaktu dia berada di kelas 5 Qurni. Kali pertama dia ingin mendengarkan lagu itu. Sahabat-sahabatnya yang mencadangkan lagu ini kepadanya. Yang pasti bukan sahabatnya daripada sekolah ini.
Dia sedang memakai baju tidur lengan panjang berwarna biru cerah. Faktanya memang dia selalu memakai baju lengan panjang, baju t-shirtnya juga begitu. Menyorokkan parut yang dia pernah rasa.
Lelaki tembam itu sedang bersila di atas sebuah kerusi batu di hadapannya sebuah meja batu bulat. Wish menekan butang 'play' pada MP3 tersebut. Lagu 'Drunk text' mula kedengaran serentak dengan dia menyelak buku novel yang bertajuk Cinta Terlarang.
Wish khusyuk membaca sambil telinganya dijamah oleh nyanyian seorang lelaki yang merdu. Nadanya perlahan. Sesuai dengan bacaannya novelnya.
"Cinta Terlarang?"
Satu suara yang lembut datang dari arah depan. Darwsih Adil mendongak. Badrul Nadhir sedang tersenyum lebar memandang dirinya yang khusyuk bersila di atas sebuah kerusi batu. Di belakang lelaki itu, berdiri 4 orang pelajar tingkatan 5 yang lain. Rakan sejawat Badrul, para BADAR SBPAT. Badrul Nadhir sedang merehatkan kedua belah tangan di dalam kocek seluar treknya.
Darwish Adil menghentikan muzik di telinga. Dia mencabut earphone lalu meletakkannya perlahan di atas meja. "Yes, what can I help you guys with tonight?"
"Cinta Terlarang? Tak fikir yang tajuk novel ni macam lain je ke?" Badrul Nadhir memulakan sesi soal jawab yang tak berlesen itu.
"Well, maybe yes maybe no. Depend on apa yang orang tu fikirlah. If based on my perspective, aku rasa buku ni talk about cinta yang kita tak pernah dapat or mustahil untuk kita capai. Such as different religion, different status, or di-,"
"Same gender?"
Ketua BADAR SBPAT itu memotong dialog Wish. Dia tersengih sambil memandang wajah Wish. Wish mula rasa tidak selesa.
Lelaki berbadan gempal itu mengangguk perlahan. Dia mengusap lembut lengan baju tidur berwarna biru cerah beberapa kali. "Yes... That also could be the situation," Wish mengukirkan senyuman janggal.
"Hurm.. aku tiba-tiba teringat hujah kau waktu kelas BI tadi," Badrul melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Darwish. Dia menyatukan kedua telapak tangan.
Wish mula rasa tidak selesa. Dia ingin bangkit dari duduk. Tanpa amaran, terus para dua BADAR yang berada di belakangnya menahan bahunya.
"Ehh, awalnya nak blah. Nak gi mana, Wish?" tutur Badrul.

KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
RomanceKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...