CH 8: Jaga (P1)

880 15 17
                                    

Azrief sedang berdiri di luar bilik rawatan Darwish. Bersama lelaki itu, Dyra dan Qairyn turut sama menunggu. Mereka menghormati keluarga Darwish.

"Kau hargai ke Wish sebenarnya?" soalan itu keluar dari mulut Intan Dyra. Matanya kekal memandang lantai. Tangannya disilang di dada.

"Huh?" Azrief seperti baru sedar. Tidak fokus akan pertanyaan sebentar tadi.

"Aku tanya, kau hargai Wish ke?" soal pelajar perempuan itu lagi.

"Aku..,"

Nafas dihembus. Badan Azrief Safwan kembali ditegakkan. Dia meraup wajahnya.

"Aku hargai Wish," jawab lelaki itu.

"Tapi kenapa kau treat dia macam sampah ehh?" soalan kedua laju meluncur keluar.

"Aku-,"

"Kalau betullah kau memang benci dia, kenapa waktu korang form 3 baru nak layan dia macam tu? Even though, friendship korang start dari form 1 lagi?

Ke kau memang suka buat macam tu kat kawan orang kau? Or maybe kau suka tengok Wish terhegeh-hegeh rapat dengan kau? Ataupun kau suka tengok orang lemah terseksa sebab kau?

Kau gunakan Wish je kan? Nak duit dia? Ke kau-,"

"Enough, Dyra," tegur Qairyn Qarina. BADAR perempuan itu menghentikan segala persoalan dari mulut sahabatnya itu. Melampau.

"What betul lah kan? Sampai sekarang kita tak pernah tahu kenapa jantan ni layan Wish macam sampah. Kat Wish pun dia tak bagitau," Dyra menjeling ke arah Azrief.

"Untuk pengetahuan kau, itu problem aku dengan Wish. Bukan dengan korang. So, itu bukan perkara penting untuk korang tahu," balas Azrief.

"Ehh elok sikit mulut kau! Dia tu kawan aku. Sakit dia, sakit aku. At least aku kesah pasal kawan aku, bukan macam kau," Dyra kembali dengan balasan. Api amarahnya membara.

Badan perempuan itu sudah mahu menghampiri diri Azrief. Penumbuk sudah sedia digenggam. Menunggu masa sahaja untuk melayang ke wajah Ketua Pelajar SBPAT.

Belum sempat berbuat demikian, lengan Intan Dyra dipegang oleh Qairyn Qarina. Menghalang pergerakan lebih lanjut.

"Sabar babe," tutur perempuan bertudung kelabu itu. Dia cuba sebaik mungkin untuk mengelakkan sebarang pertelingkahan berlaku.

"Kreakk...,"

Pintu bilik rawatan Darwish Adil ditolak dari dalam. Keluar beberapa jururawat beserta seorang doktor lelaki dari bilik itu.

Sebelum doktor lelaki itu dapat meneruskan perjalanan, dia dihalang dengan persoalan dari Azrief Safwan.

"Darwish macam mana doktor?" soal pelajar lelaki berbaju putih lengan panjang. Lengan baju yang disinsing di dalam tandas masih tidak dilurutkan.

"Kesah pulak kau pasal Wish," bisik Intan Dyra turut menghampiri doktor lelaki itu. Qairyn pula mengekori dari belakang.

Mata doktor lelaki itu dikecilkan. Ingin tahu siapa gerangan tiga orang remaja di hadapannya.

"Boleh saya tahu apa hubungan kamu semua dengan Darwish," soal doktor itu.

"Kami kawan dia," jawab Qairyn.

Doktor itu hanya mengangguk. "Berkenaan keadaan Wish, dia semakin stabil. Mungkin tak lama lagi akan sedarkan diri 100%. Tapi still kene lalui treatment a few days sebelum dia boleh discharged."

Azrief, Dyra dan Qairyn masing-masing mengangguk. Dyra dan Qairyn berpelukan antara satu sama lain. "Alhamdulillah," kalimat itu keluar dari mulut dua sahabat itu.

Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang