CH 22: Cuba

509 16 2
                                    

Azrief Safwan sedang menelaah pelajaran di mejanya. Tapi sekejap dia berhenti menulis. Pen dilepas dari tangan. Kepalanya menoleh ke arah kanan, tempat duduk seorang sahabatnya. Darwish Adil bin Jamiludin Adil. Kosong. Hanya tinggal tote beg yang disangkut di hujung kerusi. Di atas meja berselerak dengan alat tulis dan buku. Tidak dilupa, botol air biru di satu penjuru meja.

"Wish pergi mana ni?" soal lelaki itu. Hari ini majoriti guru tingkatan 5 tiada atas sebab terdapat mesyuarat berkenaan aktiviti akademik menjelang SPM yang akan datang. Kelas 5 Qurni memang tiada guru sejak pagi.

Para pelajar 5 Qurni berkeliaran entah ke mana. Yang berada di dalam kelas itu sama ada sedang diulit mimpi ataupun berusaha menyiapkan segala tugasan. Mungkin juga sekadar berehat.

Azrief Safwan mengalihkan pandangan ke arah jam tangannya. Jam 2 petang. 15 minit sudah berlalu sejak Wish pergi entah ke mana. Tanpa sedar Si Ketua Pelajar mulai risau akan seorang pemuda itu. Hatinya tertanya-tanya apa yang sedang terjadi.

"Assalamualaikum," seorang lelaki memberi salam lalu terus masuk ke dalam kelas 5 Qurni. Seorang lelaki berbaju kemeja hijau melangkah masuk.

"Waalaikumussalam," balas segala pelajar di dalam ruangan itu.

Wajahnya berpeluh. Penat? Pemuda itu mengemas mejanya betul-betul di sebelah Azrief Safwan yang memandangnya dengan sebelah kening terjongket. Barangnya disimpan kemas. Rentina mata Si Pengawas itu hanya memandang.

"Mana?" Ringkas soalan Azrief. Lelaki berbaju hijau itu berhenti mengemas. Pandangannya ditala ke tempat duduk kanannya.

Wish menyoyakkan sebuah senyuman. "Ikut aku nak?"

"Mana?" Soalannya diulang.

"Bilik Mandarin,"

"Buat a-," Tidak sempat ayat itu habis, tangan Azrief Safwan ditarik. Mata lelaki itu membulat. Terperanjat. Tapi akhirnya mengikuti sahaja gerak langkah lelaki di hadapannya.

Bilik Mandarin~~~~

Azrief Safwan sedang mengendong seorang budak kecil hampir berumur 1 tahun. Anak bongsu Puan Ang. Salah seorang guru bahasa antarabangsa SBPAT. Seronok dia melayan budak itu.

"Who's the cute boy?" soal pengawas itu. Dia membuaikan si kecil itu. Dia menyentuh hidung anak berbangsa cina itu. "You're,"

Bermacam ekspresi wajah diberikan untuk menghibur anak kecil itu. Dia memegang rambut serta hidung Azrief bila dia diangkat ke paras kepala Ketua Pelajar itu.

"Who's the cute boy?"

"I'm," bisik Wish sambil mengejek wajah yang dibuat oleh teman sekelasnya.

Darwish Adil pula sedang sibuk menanda kertas ujian budak menengah bawah. Sedang tangannya ligat menyusun kertas-kertas serta pelbagai fail di meja. Dia mengalih sekilas ke arah Azrief. Dia menggeleng.

"Bagilah attention macam tu dekat aku," detus hati kecil Wish. Bibirnya memuncung jauh sambil kepala menggeleng seakan mengikut irama muzik yang tidak didengari.

"Thank you so much, Wish for helping me-," Guru wanita itu melangkah masuk ke dalam Bilik Mandarin sambil dialog yang terhenti. Matanya mengecil melihat susuk tubuh orang lain. Sepertinya ada orang lain yang menemani pelajar subjeknya itu.

"Well, Azrief pun ada jugak." Dia mengangguk setelah kenal siapa individu yang sedang khusyuk bermain dengan anaknya. Sempat guru wanita itu bermain mata dengan Wish. Kening guru itu saling terangkat beberapa kali, manakala dahi Si Wish berkerut berlapis-lapis. Puan Ang senyum kecil.

"Thank you for both of you sudi tolong I and siap jaga lagi Eric untuk I," Puan Ang mendukung anaknya kembali.

"Nothing lao shi, bosan duduk kelas tu," balas Wish. Dia meletakkan pen merah kembali ke atas meja. Dia mengukirkan senyuman ke arah guru itu.

Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang