Guruh berdentum kuat. Kilat mula menyabung-nyabung. Angin malam semakin kuat dan sejuk. Sejuk hingga mencengkam tulang. Para pelajar tingkatan 2 lelaki SBP Air Tawar sedang dalam kekeliruan. Mereka semua tidak tahu kenapa mereka dikumpulkan di dataran asrama itu dalam pada cuaca malam itu yang sangat tidak menyebelahi mereka.
"Korang semua takkan naik, selagi takde yang mengaku kesalahan korang hari ni!" Suara Badrul Nadhir bergegar di dalam asrama.
Laungan itu menarik perhatian ramai. Para pelajar tingkatan lain mula keluar ke balkoni untuk melihat apa yang terjadi di dataran asrama itu. Termasuk para pelajar tingkatan 5.
Azrief dan Wish sedang memerhati dari hadapan kamar mereka. Wajah Wish jelas berkerut. Dadanya turun naik. Tidak puas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak BADAR sekolahnya itu. Mereka tidak sepatutnya mengadakan sebarang perjumpaan tanpa pengetahuan EXCO atasan pihak pengawas.
Darwish Adil memandang wajah Azrief. Azrief juga sedang dalam keadaan terkejut serta keliru. Mata dua pemuda bertentangan.
"I tak tahu semua benda ni okey. BADAR tak inform dekat I pun," Azrief seperti mengerti jelingan mata yang diberikan oleh rakan sekelasnya di tepi. Dia meneguk air liur pahit.
"Zhash!" Kilat menyilau memenuhi ruangan mata segenap penghuni asrama.
Degupan jantung Wish seakan melompat sekali dengan dentuman kilat itu. Anak matanya membulat. Hujan lebat mula mencurah turun. Tubuh anak-anak tingkatan 2 itu mulai basah. Titis-titis air hujan itu mengena tubuh mereka. Mereka cuba berteduh di aras bawah, tidak mahu berlama di bawah hujan itu. Masing-masing pantas berlari.
"Aduh!" tubuh seorang lelaki ditolak kasar ke lantai dataran asrama. Tangannya melecet kerana menahan tubuhnya dari terus tersembam jatuh. Dahinya berkerut seribu menahan sakit pada tapak tangan.
"Korang tak boleh balik selagi takde yang mengaku!" jerit seorang BADAR tingkatan 5. Dialah yang menolak pelajar tingkatan 2 bertubuh kecil itu jatuh. Wajahnya bengis. Pelajar-pelajar tingkatan 2 di situ kembali merapati satu sama lain. Takut. Badan mereka semua basah dengan hujan. Cuaca semakin mengamuk.
Pelajar lain terpaku serta terkejut. Tidak percaya apa yang dilakukan oleh seorang BADAR sebentar tadi.
"Ya Allah! Azrief, do something!" rayu si lelaki berbadan besar.
Azrief Safwann tidak mempedulikan rayuan itu. Mungkin telinganya hanya menangkap bunyi hujan lebat yang turun di SBPAT. Pandangannya khusyuk memandang ke arah dataran. Lokasi semua perkara itu terjadi. Bukan sahaja dia, malahan semua pelajar yang lain. Tiada seorang pun pengawas yang turun tangan membantu budak itu mahupun meredakan situasi. Termasuk pelajar tingkatan 5 yang lain.
"Mengaku dan korang boleh balik!" Badrul Nadhir memekik. Walaupun dia juga bermandi di bawah hujan itu, dia masih mampu tersengih. BADAR-BADAR yang mengelilingi lelaki-lelaki tingkatan 2 itu tidak memberi respon. Seakan akur dan tidak akan berganjak selagi tidak diarah oleh si ketua.
"KAU DAH MELEBIH, BADRUL!" Wish menjerit dengan sepenuh hati. Semua individu yang berdekatan memandang lelaki berbadan besar itu. Dia menghentak kakinya menuju ke dataran asrama lelaki. Ada dua orang individu yang cuba menghalangnya. Sekali tolakan kuat, kedua-duanya jatuh ke kiri dan kanan.
"Eh!" Anak sulung Encik Azriq Shakirin itu terkejut tiba-tiba sahaja lelaki berbadan besar itu berada di belakang dua orang BADAR yang sedang mengawasi kumpulan tingkatan 5 itu. Pergerakan lelaki itu teramat pantas.
Azrief ingin mengikuti Si Wish akan tetapi tubuhnya dikunci. 3 orang diusahakan untuk mengunci badan Ketua Pelajar SBPAT.
"Woi! Apa korang buat ni?" ketua pelajar itu cuba untuk melepaskan diri. Gagal. Pergerakannya terbatas.
![](https://img.wattpad.com/cover/316371516-288-k793846.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
Storie d'amoreKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...