5 orang individu sedang duduk bertenggek di atas bumbung asrama lelaki itu. Memakai baju hujan gelap sesuai dengan persekitaran. Siaran CCTV sekolah itu sudah diganggu sekejap, menggunakan medan magnetik yang dihasilkan oleh magnet buatan mereka. Lokasi yang mereka ambil juga merupakan titik buta setiap CCTV berdekatan. Khusyuk kumpulan itu memandang situasi yang terjadi di dataran asrama sehinggalah selesai.
"Nampaknya memang ada sebuah kumpulan terancang yang wujud dalam sekolah ni," ujar seorang yang badannya lebih tegap berbanding yang lain. Dia menghirup udara malam setelah habis hujan. Segar.
"Dua," seorang wanita membetulkan tutur bicara rakan sekerjanya.
"Apa, puan?"
"Ada dua buah kumpulan. Cuma satu lebih teratur dan terancang berbanding yang lain. Berdasarkan perbualan tadi, kita dah kenal pasti gerakan mana yang membawa mudarat. Kita akan inform HQ berkenaan hal ini," wanita itu bangkit dari duduk. Mereka boleh beredar buat masa ini. Keadaan di sekolah ini terkawal. Pihak sekolah dan organisasi berbaki akan menguruskan hal seterusnya. Tibanya masa Keluarga Handerson berundur.
4 rakan sekerjanya yang lain bangkit. Wanita yang memimpin itu terhenti. Ada yang pelik, perubahan angin lalu lain. Ada lagi yang menghalang. Orang ke-6. Bukan wanita itu sahaja merasai perubahan itu. Masing-masing dalam keadaan siaga.
2 individu di kiri dan kanan berlari menjauh. Pistol dikeluarkan. Penyenyap sudah tersedia di situ. Muncung diacu ke arah individu ke-6.
"bang,"
"bang,"
"Ting! Ting!" Tembakan itu ditepis. Dua bilah pisau belati keluar dari poket individu ke-6. Figura itu berhenti di situ. Tidak bergerak dengan dua bilah belati pada kiri dan kanan tangannya. Terkejut dengan tindakan pantas itu, sudah semestinya bukan lawan yang calang-calang.
Wanita yang memimpin kumpulan itu memandang pendatang asing itu. Di sisi wanita itu, seorang lelaki tegap dan kurus berdiri. Kedua lelaki itu tegang. Pistol di tangan diketap kuat. Wanita itu sahaja yang tenang.
"Stand down," arah wanita itu. Dia membuka hood gelapnya. Menampakkan warna kulit hitam. Berbangsa India. Kedua tangannya disatukan kejap.
4 rakannya tidak percaya dengan arahan ketua mereka.
"Puan Sari jangan macam-macam,"
"Puan, individu ni berbahaya. Dia boleh sampai kat sini tanpa kita kesan,"
"Group kita yang lain pun tak inform apa-apa. Mesti dia dah bunuh,"
"Puan, sejak bila ada musuh dalam sekolah ni?"
Sari tersengih. Dia menggeleng kepalanya. Dia menunduk sedikit kepada individu ke-6. Menghormati figura itu. "Selamat datang, Puan Xin Ang,"
~~~~
Azrief dan Wish sekarang sedang duduk menunggu di hadapan pejabat sekolah. Darwish Adil hanya memandang lantai aras 1 itu. Tangannya disatukan sambil kakinya tidak berhenti bergegar. Dia gementar. Azrief Safwan pula sedang membelai belakang lelaki itu. Memberikan semangat dan kekuatan yang termampu.
Mereka berdua perlu berjumpa dengan pihak atasan SBP Air Tawar pada pagi itu. Kejadian semalam sudah dilaporkan kepada warden. Saksi kejadian juga teramatlah ramai, memudahkan siasatan dilakukan. Akhirnya, operasi Gerakan Ummah telah diketahui oleh sekolah. Tinggal urusan dengan Badrul Nadhir dan anak buahnya sahaja. Dua pemuda itu sedang menanti arahan lebih lanjut. Mereka juga baru habis ditemubual oleh barisan warden sekolah mereka.
Seseorang individu membuka pintu pejabat itu. Individu itu melangkah keluar. Pemuda berbaju putih dengan seluar slack hitam. Ditambah dengan tali leher kelabu. Badrul Nadhir, Si Ketua BADAR. Dia melangkah keluar lalu diikuti oleh Cikgu Zulfakar. Pemuda berbaju kemeja putih itu, memandang tajam pasangan lelaki itu. Guru berbadan besar itu menolak Badrul untuk terus berjalan, menghentikan sesi tenungan yang berlaku.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
RomanceKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...