CH 16: Meeting

406 13 13
                                    

Langkahan Darwish Adil, Iman Kamal dan seorang lagi wanita pantas. Mereka bertiga sedang menuju ke sebuah bilik. Bilik stor tingkat 2. Bilik stor yang paling jarang dikunjungi kerana telah terkenal dengan cerita hantunya.

Cerita hantu yang telah disebarkan oleh Darwish sendiri ke seluruh pelosok sekolah. Berjaya menjadikan kawasan ini jarang dilewati orang ramai malahan staf dan para guru.

Mereka turun ke tingkat 2. Ada dua orang pelajar lelaki yang sedang duduk di kawasan itu. Mereka sedang duduk di sebuah meja yang disediakan di situ. Pelajar tingkatan 3. Mereka berdua lantas menunduk ke arah Wish dan dua orang dibelakangnya.

Darwish Adil hanya mampu tersenyum. "Kenapa tak roger aku, awal-awal. Kantoi depan Azrief nanti sapa nak tanggung," Gerakannya pantas. Mengelakkan sesiapa dapat melihat mereka ke situ.

"Sorry, Wish. Intan ngan Qairyn yang bagitau. Kitaorang ingat kau tahu," balas Iman Kamal. Dia hanya memandang lantai.

"Ish, stress aku jadinya,"

Selepas ketiga-tiga individu hilang dari pandangan, seorang pelajar yang duduk di tangga itu mengeluarkan walkie talkie. "Kepala on the way, Form 4 sekali, Roger," Fakta yang menarik kawasan itu tiada CCTV yang beroperasi dengan elok. Hanyalah sekadar perhiasan sahaja.

"Roger, Roger," balasan keluar dari walkie talkie itu. Pelajar lelaki tingkatan 3 itu hanya mengangguk sesama mereka justeru menyambung kerja mereka. Tugas mereka selesai, hanya tinggal untuk memerhati laluan itu sahaja. Memastikan laluan itu selamat dan bebas warden serta pelajar.

Mereka sampai di hadapan pintu stor tingkat 2 itu. Lantas pintu itu dikuak dari dalam. Mereka bertiga masuk.

"Bam!" Pintu bilik itu dihempas kuat. Mengelakkan para pelajar menghampiri tempat itu.

Ruangan bilik itu gelap. Tiba-tiba, dari tengah ruangan muncul cahaya dari beberapa lampu suluh. Lampu-lampu itu ditala ke atas dinding. Menyerahkan cahaya hampir ke seluruh ruang stor itu.

Dapat dilihat wajah Intan Dyra dan Qairyn Qarina di situ. Di sekeliling mereka ada 6 orang pelajar. 3 lelaki dan 3 perempuan. Ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan setiap batch.

"Nampaknya semua dah sampai. Kita boleh start meeting kitalah," ucap Intan Dyra. Wanita itu menyilangkan tangan di dada.

"Apalah korang set meeting tak roger aku," soal Wish lalu duduk di atas sebuah kerusi lama. Dia mahu mengambil nafas. Penat berjalan laju.

"Sebab meeting ni pasal kau," balas Intan.

"Ni apahal kau berpeluh bagai ni?" tanya pula Qairyn Qarina yang perasan dengan wajah sahabatnya yang dipenuhi peluh. Baju maroon yang dipakainya juga mula dibasahi peluh.

"Aku dari aras 4,"

Kedua-dua sahabat tingkatan 5 itu pelik. Dahi mereka berdua berkerut seribu.

"Apahal kau boleh ada kat atas?" Qairyn curiga. Badannya bersandar pada kerusi. Ingin mengetahui hal ini dengan lebih lanjut.

"Aku teman Azrief jaga kelas 4 Nurani tadi,"

Mata semua di situ membulat.

"Say what, sejak bila jantan tu nak jaga kelas pulak ni? Bukan dia suka study sorang-sorang ke?" Intan Dyra mengutarakan persoalan yang sama bagi Qairyn.

"Tak tahulah aku jantan tu,"

"Ni macam mana kau lepas?" Giliran BADAR perempuan itu bertanya.

Darwish Adil tidak menjawab. Lelaki berbaju melayu maroon itu hanya mengalihkan pandangan ke arah Iman Kamal. Seakan-akan meminta pemain bola keranjang itu menceritakan kisah yang baru terjadi.

Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang