"Baju ni okey tak?" Darwish Adil memegang sebuah baju t-shirt hitam dengan corak pelangi di hadapannya.
Azrief Safwan hanya tersengih di situ. Dia mengukirkan senyuman manis. "Okey you. Beli besar sikit tau,"
Mata Wish membulat. Mulutnya terlopong. "Are you calling me fat, Azrief?!" Baju t-shirt hitam bercorak pelangi itu masih lagi digenggam erat. Nafas kuat dihembus. Badannya dipusingkan, tidak mahu menghadap Si Ketua Pelajar SBPAT.
"Wish. No," Azrief menghampiri Darwish Adil. Dia memegang bahu lelaki berbadan besar itu. Diusap lembut. "Bukan I cakap you 'fat'. I just like you pakai oversize,"
"But aku nampak lagi gemuklah. Tak elok!"
"Tak elok kat mata orang lain, tapi bukan mata aku," pujuk Azrief. Dia tersenyum. Sekarang mereka berdua sedang duduk berhadapan dengan cermin besar. Senyuman pada wajah Wish tidak dapat dibendung.
Wish melarikan diri dari situ. Dia pantas meletakkan baju yang dipilih tadi ke tempat pergantungan baju yang tersedia. Pemuda berbadan besar itu malu. Pipinya merona merah.
"Ehh, Wish!" Azrief kembali mengejar lelaki itu.
Sekarang kedua pemuda SBP Air Tawar sedang berada di dalam sebuah kompleks baju eksklusif. Mereka di situ setelah dibawa oleh D dan pengawal peribadinya, Ikris. Membeli baju untuk kegunaan mereka semasa keluar ini.
D sedang melabuhkan punggung di sebuah kerusi empuk. Mikail Ikris berdiri tegak di belakangnya.
"Wish look happy," ucap D. Dia tersengih sendirian. Telefon pintarnya disimpan kembali ke dalam kocek seluar. Matanya tak lekang memandang gelagat dua pemuda dalam ruangan matanya.
"Bagus untuk dia," balas Ikris. Nadanya mendatar. "Takdelah dia nak menangis and buat self har-,"
"Jaga mulut kau, Ikris." Danny Flyn Handerson memandang tajam lelaki yang berdiri itu. Tidak suka Darwish dikatakan seperti rupa. "Dia adik aku," D membuang pandang ke hadapan kembali.
Ikris hanya diam kembali. Tidak melawan mahupun memberi respon. Dia tahu dia terlebih batas. Pandangannya turut kembali menghadap dua pemuda di hadapan mereka.
Wish dan Azrief sedang membelek beberapa baju hitam dengan corak berbeza di hadapan mereka. Tangan mereka asyik bersentuhan.
Azrief Safwan memegang tangan pergelangan Pengawas SBPT itu. Pengawas itu mengelus lembut permukaan tangan lelaki di hadapannya. "Azrief, apa ni!" omel Wish. Tidak suka tangannya terhalang.
"Orang 'ter' je lah," balas Azrief Safwan. Dia suka mengacau Wish itu. Balasannya dianggap comel. Pemuda itu tertawa kecil.
Mata Azrief Safwan memandang ke hadapan. Senyuman yang berada di bibir sekian lama memudar. Seorang lelaki tua sedang memandang mereka berdua dengan wajah penuh kerutan. Pegangan tangan pada Wish dilepaskan.
Azrief memandang ke kiri dan kanan mereka. Orang-orang di situ memberi pandangan yang sama. Ada yang berbisik antara satu sama lain. Pandangan mereka seolah-olah lelaki itu sedang melakukan perkara yang jijik.
Minda Azrief Safwan mengimbau memori dahulu. Semasa dia dan Wish jalan beriringan menuju ke kantin sekolah mereka. Sewaktu itu mereka tingkatan 3. Rakan-rakan setingkatan mereka malahan para senior memandang mereka semacam. Wajah mereka semua berkerut. Menandakan perasaan tidak puas hati. Hal ini membuatkan Azrief Safwan berjalan pantas meninggalkan Wish sorang-sorang di belakangnya.
Matanya pejam celik seketika. Cuba kembali pada masa sekarang. Hatinya tidak tenteram. Azrief menggigit bibirnya. Peluh dingin terbentuk di dahi.
"Azrief?" Wish memanggil namanya sekali. Wajah lelaki tembam itu jelas risau dengan keadaan ketua pelajar itu. Tiba-tiba individu di belakangnya senyap berbicara. "Kau okey tak ni berpeluh bagai," tangan Wish cuba mencapai ke arah dahi Si Azrief. Azrief menepis tangan itu. Lelaki itu pantas meninggalkan Wish yang sedang berdiri kaku.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
DragosteKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...