Azrief melepaskan nafas yang sekian lama terbuku di dada. Dia memandang wajah Darwish Adil yang sedang terlantar di atas katil. Mata lelaki itu berkaca. Suasana Bilik Sakit SBPAT itu sunyi.
"And who's this guy?" soal Wish dengan suara yang penuh dengan getaran. Dia memejamkan mata. Sealur air mata jatuh. Dia menghembus nafas.
"Tak perlulah kau tahu, Wish," jawab Ketua Pelajar SBPAT. Pandangan tidak lepas memandang Wish. Sedari tadi tangan kedua pemuda itu tidak terputus. Mendengar jawapan yang keluar dari mulut Azrief, Wish hanya mengangguk sekali, teragak-agak.
"Kau tahu diari tu privasi aku kan?"
Azrief mengangguk. Dia mengiyakan kenyataan tersebut.
"Tapi kau masih baca diari tu kan?,"
"Wish, listen. Aku just nak ta-,"
"No,"
Ayat Azrief tergendala. Wish membuka matanya lalu melihat wajah Azrief yang jelas risau. Kerutan pada wajah lelaki itu jelas. Mata Darwish Adil kemerahan.
"Tak jatuh hukum wajib untuk kau baca diari aku. Kau pernah terfikir tak macam mana diari tu boleh sampai pada kau?"
...
...
"Diaorang curi diari aku Azrief. Diaorang. Curi. Diari aku."
Azrief tidak memberi sebarang reaksi. Diam. Hanya mampu membalas pandangan Wish yang penat. Wajah Wish pucat.
Putera bongsu Puan Rosmiza itu cuba mengukirkan sebuah senyuman. Bibirnya terketar-ketar. "Tahniahlah. Tahniah dah tahu aku gay. Tahniah sangat," Wish terus menarik tangannya menjauh daripada pegangan Azrief Safwan. Ibu jari kiri Wish menyahkan air mata yang cuba jatuh dari tubir matanya.
Sekali lagi lelaki besar itu tersenyum. "Terima kasih palau aku 2 tahun. Terima kasih tinggalkan aku. Terima kasih buat aku benci kau supaya aku tak jatuh cinta pada kau lagi.
By the way kan, tahniah sangat dah tahu aku suka kau,"
"Wish, jangan macam ni. Kau tak paham," Azrief cuba memulakan konfrontasi.
"Aku tak faham?" Wish mengerling ke arah ketua pelajar itu. "No. No. Kau yang tak faham. Kau tak pernah tanya aku macam mana aku boleh suka kau. Kau tak pernah nak tahu apa yang jadi kat aku selama 2 tahun ni. Kau tak nak tahu pun apa yang jadi kat aku. Tiba-tiba kau buat baik kat aku. You expect me to react like what?!"
Darwish menunding jari ke arah dada Azrief. "Hey. Kau ingat. Kau tu yang bagi mix feeling and mix signal kat aku first. Kau layan aku special. Macam mana aku tak rasa kau suka aku?!"
"Wish, please aku layan semua orang sama,"
"Hah bagus! Tu je modal jawapan kau ada kan? Ha ye semua orang kat sekolah ni kawan kau kan. Semua kau layan sama. Semua setaraf kan. Aku ni siapa pada kau. Dah kalau macam tu pasal nak baik ngan aku balik! Pergilah ngan kawan-kawan kau yang lain tu!
Aku buat macam-macam untuk kau kut. Aku korban macam-macam untuk kau. Tapi aku ni masih orang biasa je pada mata kau," Wish kembali menangis.
~~~~
(2 tahun lalu)Hari itu malam sabtu. Azrief sedang terlantar di bilik sakit asrama. Terbatuk-batuk. Sakit.
"Abang saya nak jaga Azrief," pinta Wish kepada seorang senior yang juga merangkap jawatan pengawas. Pada tangannya dia menggenggam sebotol ubat batuk dan sepapan ubat panadol.
"Jagalah dia. Nanti aku inform warden. Jangan lupa solat Maghrib ngan Isyak," Senior itu memberi kebenaran lalu berlalu pergi.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
RomanceKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...