Abang Khai memandang anggota-anggota polis yang berdiri betul-betul di hadapan pintu masuk Sanctuary 1. Mereka datang dengan 3 buah kereta polis. Abang Khai tersenyum. Di sampingnya sekarang ini lebih 20 orang penduduk kawasan kediaman itu sendiri. Mereka jelas tidak gemar dengan kehadiran pihak berkuasa di kawasan itu.
"Apa yang saya boleh bantu?" Abang Khai memecahkan buih kesunyian di sekeliling mereka.
Seorang anggota polis berjalan ke hadapan. Wajahnya tegas, ada sepalit parut di pipinya. Parut torehan. Dapat dilihat tag namanya yang tersemat pada uniform 'Adam'. Dia memandang sekeliling. Wajah-wajah individu yang menutupi jalan pintu masuk ke perumahan itu.
"Kami dapat laporan ada port pelacuran dan kegiatan LGBT secara besar-besaran di kawasan ini. Kelab malamlah senang cerita. Jadi kami minta jasa baik semua untuk beri laluan kepada kami. Kami semua nak buat pemeriksaan," lantang Encik Adam bertutur.
Abang Khai menunding jari telunjuknya ke hadapan. Digerakkan ke kiri dan kanan. "Maaf, Encik Adam. We can't do so... You'll need a warrant to get inside and also the letter from the Head Leader of Kuala Lumpur Police Department first.
Lepastu baru kita boleh bincang," Lelaki tua itu mengembalikan senyuman.
Encik Adam tidak membalas. Malahan matanya terbeliak. Dia tidak percaya lelaki tua di hadapannya sekarang ini berani berlawan dengan orang berjawatan seperti dirinya. Egonya bagai ditumbuk-tumbuk.
"Apa kau ingat tanah ini private property, korang boleh buat macam tu je ke?! Tempat ni setakat kawasan perumahan je pun!" Encik Adam mula mengeluarkan barannya.
"Ini tanah yang diberi haknya kepada kami. Kami ada hak untuk mintak warrant dahulu," Chen Liu mula berbicara. Dadanya sudah mula naik turun, melihat Abang Khai ditengking sebegitu.
"Apa kejadahnya, nak mintak surat dari ketua aku! Melebih korang ni. Aku tahu undang-undanglah," Encik Adam menengking. Kuat.
"Saya pun tahu undang-undang juga, Encik Adam," Abang Khai mencapai sesuatu daripada poket bajunya. Sehelai kertas lama. Dia masih menjaga suaranya. Cukup untuk membuatkan anggota polis dihadapannya dengar. "Dan saya tahu hak-hak kami, berdasarkan surat ini," Kertas lama itu dihulurkan pada Encik Adam.
Encik Adam mengambil surat itu. Matanya kecil besar membaca isinya. Dia mendengus. Tidak percaya. Akhirnya dia tersenyum sinis. Dia mengangguk.
"Entah apa yang korang sorokkan dalam ni, sampai ada surat daripada Yang-di Pertuan Agong. Tak perlu nak tipu aku!
Bagi je aku masuk. Kalau tak korang semua ni terima nahas!" ugut anggota polis itu. Tangannya mendepa. Kertas yang dipegang itu terbang jatuh ke lantai bumi.
Surat itu terkandung hak pemilikan beserta syarat-syarat yang perlu dipatuhi jika mana-mana pihak berkuasa ingin memasuki kawasan perumahan itu. Antaranya, surat warrant dan surat kebenaran daripada Ketua Polis Kuala Lumpur terlebih dahulu. Terdapat cop mohor Majlis Raja-raja dan Tandatangan Yang di-Pertuan Agong ke-XX.
Abang Khai menunduk untuk mengambil surat itu. Tanpa amaran, Encik Adam terus menyepak lelaki tua itu pada bahagian perut. Kuat dayanya. Abang Khai terduduk jatuh.
"Abang Khai!" Semua anak buahnya terkejut. Mereka memandang tajam semua anggota polis di hadapan mereka.
"Baik kau bagi je kitaorang masuk. Then, korang semua boleh masuk lokap!" Encik Adam berjalan ke belakang. Dia tersenyum. Puas. Tiada sesiapa yang boleh berlagak kuat dihadapannya. Rakan sekerjanya yang lain juga turut bangga.
Dia baru sahaja berpaling. Wajahnya disantap dengan tumbukan padu. Matanya terpejam menahan sakit. Tubuhnya terkebelakang. Pipinya berpijar. Pantas gerakan Si Penyerang. Dia membuka matanya. Seorang lelaki tua berkumis nipis. Dia sedang tersenyum.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
RomanceKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...