Tubuh Darwish sedang dimasukkan ke dalam ambulans yang tiba di SBPAT. Tubuhnya sedang bergegar. Nafasnya turun naik. Tidak teratur. Mukanya merah, menahan sakit. Air matanya tidak berhenti mengalir sedari tadi.
"Argh!" jerit Darwish. Perit. Dia memegang dadanya.
Para pelajar mula mengerumuni lokasi ambulans itu berada. Mereka semua ingin melihat apa yang terjadi di situ. Rasa ingin tahu masing-masing berkobar dalam diri.
Teacher Maimunah sedang berdiri di belakang ambulans itu. Wajahnya penuh risau. Dia memandang dua pelajar di hadapannya. Azrief Safwan dan Qairyn Qarina. Pelajar yang berada di tempat kejadian sewaktu Darwish terkena semacam serangan panik.
"Kita akan bincang perkara ni nanti. Saya nak Azrief teman Wish sampai hospital. Tunggu family Wish sampai," arah Teacher Maimunah tegas.
Azrief lambat-lambat mengangguk. Mata Qairyn di sebelah membulat.
"Teacher, bagi saya yang teman teacher," ujar Qairyn.
"Awak perempuan, Qairyn,"
"Kalau macam tu bagi saya ikut sekali, teacher," satu lagi suara perempuan halus menyapa semua di situ.
Teacher Maimunah berpaling. Intan Dyra sedang berdiri tegak. Guru wanita itu berdiri tegak. Kepalanya ligat berfikir. Akhirnya dia mengangguk.
"Baiklah, Dyra, Qairyn dan Azrief. Saya nak kamu bertiga teman Wish sampai family dia sampai. Pihak warden akan menyusul lewat, sebab semua warden ada tugasan dan komitmen yang perlu diselesaikan... Termasuk saya." arah Teacher Maimunah buat kesekian kalinya.
Ketua warden itu laju berlalu dari situ.
Dyra dan Qairyn menaiki dahulu ambulans itu. Azrief Safwan individu yang terakhir naik. Pintu belakang ambulans itu ditutup. Laju kenderaan itu menyusuri jalan raya.
Dalam ambulans itu suasana senyap. Tubuh Darwish sudahpun longlai. Pengsan. Para petugas kesihatan sedang memeriksa tubuh lelaki itu.
Mata Qairyn dan Dyra merah. Air mata mereka jatuh melihat keadaan rakan mereka seperti itu.
Mata Dyra menghala ke wajah Azrief. Matanya tajam. Bibir perempuan itu diketap. "Sebab kau, Wish jadi macam ni,"
Intan Dyra menekup wajahnya pada bahu Ahli BADAR di sebelahnya. Tangisan diteruskan perlahan.
Azrief terkesima mendengar ayat itu. Dia juga takut melihat keadaan Darwish yang sebegitu rupa. Air matanya mahu jatuh, tetapi ego dalam diri menahan tindakan itu. Dia hanya mampu memandang sayu tubuh Darwish Adil.
Hospital Damur~~
Darwish Adil sedang berbaring di atas katil sakit. Pakaiannya sudah ditukar kepada pakaian pesakit seperti pesakit di dalam Hospital Damur yang lain. Wayar berselirat pada tubuh lelaki itu.
Azrief sedang berdiri di sisi tubuh lelaki itu. Sayu pandangannya. Dalam otaknya ligat memikirkan kembali semua kesalahannya pada insan yang sedang tidak sedarkan diri itu. Hanya satu kata yang mampu keluar dari mulut Si Ketua Pelajar.
"Wish...," panggil lelaki itu perlahan.
Tiba-tiba mata Azrief menangkap sesuatu pada lengan Darwish. Tanpa berkira-kira terlebih dahulu, laju dia menyelak lengan baju hospital itu. Matanya membulat begitu juga dengan mulutnya. Terkejut dengan apa yang disaksikan di hadapannya. Dia menapak selangkah ke belakang.
Lengan lelaki yang sedang terbaring itu penuh dengan kesan goresan dan torehan. Tidak terkira banyaknya. Merah belaka. Semua meninggalkan parut mahupun yang pudar.
"Itu kesan self harm Wish," suara Qairyn menyapa telinga ketua pelajar itu. Azrief memandang ke hadapan.
Qairyn dan Dyra sedang menyilangkan tangan mereka di dada. Masing-masing memandang sayu tubuh Darwish.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
Любовные романыKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...