Desingan kuat terdengar. Tubuh pemuda tembam itu terbaring di atas jalan tar. Sakit yang amat merangkumi seluruh badan. Banyak anggota tubuh badan yang berasa panas ketika tu. Dadanya sesak mengambil nafas.
Asap dari kenderaan mula naik perlahan-lahan. Suasana di sekeliling jalan itu mulai panas. Orang ramai mula mengerumuni kawasan itu. Ramai yang keluar dari rumah masing-masing untuk melihat keadaan yang terjadi.
"Anak aku.... ANAK AKU! WISH!!" Suara Puan Rosmiza. Wanita berumur itu menghampiri tubuh badan anaknya. Muka dan badan penuh calar balar. Baju t-shirt hitam itu banyak koyaknya. Darah mengalir merata tempat. Terutama bahagian kepala.
"Along... Angah... call ambulance... Calllah cepat!" Puan Rosmiza memeluk anak bongsunya erat. "Ya Allah.. anak aku, Ya Allah..." Dia mengesahkan kesan darah yang melekat pada bajunya.
"I..Ibu.. A..Ayah..."
"Ya Sayang... Ibu ngan Ayah ada sini Sayang..." Jamiludin Adil membalas. Air matanya tumpah melihat keadaan anaknya sekarang. Penuh terseksa, penuh kesakitan. Darah keluar mengalir dari tubir bibir Wish. "Rehat Sayang.."
"Az..Azrief..." Tangan Wish diangkat sekali. Cuma mengapai sesuatu. Kadang naik, kadang turun. Segala daya diperah ke situ. Kepalanya semakin ringan. Pandangannya kabur.
Tangan itu digenggam erat. Azrief Safwan menghampiri. Mata lelaki itu sudah merah. Dia mencium tangan itu. "Wish.. aku ada ni Wish...Aku ada dengan kau ni."
Mata Wish memandang Azrief. Lelaki berbadan besar itu tersenyum. Sakit di dada dan perut mula menguat. Pedih. Terbakar rasanya.
"A..aku.. mintak m..aaf."
"Aku maafkan kau.. Jangan macam ni Wish. Kau cakap kau nak sama-sama dengan aku kan. Kau cakap kita nak kawan sampai bila-bila kan. Kau janji Wish!" Air mata laju jatuh. "Tahan Wish. Tunggu. Kita pergi hospital ye. Kau janji kau nak ada dengan aku... Sabar Wish.."
"Ge..gembi..ra.." Sekali nafas diambil. "Se..sela.lu."
"Aku gembira kalau kau ada dengan aku Wish. Aku selalu gembira dengan kau... Jangan tinggalkan aku Wish.. Tolong... Tolonglah.."
Bahu Azrief disentuh dari belakang. Faqwan Hashim duduk disisinya, membelai lembut. "Faqwan kau cakap dengan Wish.. Suruh dia sabar...Suruh dia sabar.. Suruh dia kuat..," pinta abangnya.
Faqwan memandang wajah lemah Darwish Adil. Lelaki anak bongsu itu menggeleng. Faqwan Hashim memandang ke tanah. Tidak sanggup melihat. Mindanya teringat kembali perbualan dia bersama dengan Wish di sekolah lalu.
~~~~
"Kau dengan abang aku ada something ke?" Faqwan mengambil tempat duduk di hadapan Darwish.
Wish diam sebelum mengangguk. Faqwan mengetap bibir. Dia tidak sangka, yang jangkaannya benar. Fikirannya risau. Risau jika perkara ini sampai ke telinga papanya. Apalah yang akan jadi pada abangnya. Bagaimana pula hubungan antara dia dan Azrief selepas ini?
"Kau risaukan abang kau?" Soalan itu mengeluarkan Faqwan dari benak fikirannya. Faqwan mengangguk.
"Jangan risau. Dia masih abang kau, tiada perubahan."
"Tapi-"
"Hubungan aku dan abang kau takkan lama. Percayalah cakap aku. Aku memang akan berpisah dengan abang kau, tinggal tunggu masa yang sesuai je. Kau tak payah risau, sebab aku sedar benda ni salah. Salah di sisi norma dan agama. Cuma..." Darwish Adil memandang adik Si Teman Lelakinya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
RomansaKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...