Darwish Adil kembali berdiri. Dia membuka pintu kubikel tandas. Hampir 5 minit dia di dalam ruangan itu menangis menahan esakannya daripada keluar.
"Kreak..,"
Azrief Safwan yang dari tadi terduduk menunggu pengawas buku teks itu keluar di laluan berhadapan dengan kubikel tandas yang Wish masuk, pantas berdiri. Dia menyisir rambutnya ke belakang. Ketua Pelajar itu laju menghampiri Darwish.
"Wish... kau okey?" tegur Azrief. Dia menghampiri lelaki berbadan besar itu.
"Aku..," Tiba-tiba mata Darwish berpinar. Dia hilang kawalan sebentar hampir jatuh, sebelum kedua belah lengan lelaki itu dipegang oleh Azrief Safwan.
"Hey-hey, relax," bisik Azrief. Secara tidak langsung dia memeluk lelaki di hadapannya itu. Erat. Seakan-akan cuba memberi tenaga dan segala kekuatan kepada pengawas SBPT itu.
"Kau nak pergi klinik? Sakit? Ke nak rehat bilik sakit je? Aku bawakkan nak?" soal Azrief. Risau.
Kepala Darwish dilentokkan pada bahu lelaki itu. Dia malas kesah. Dia penat. Beberapa siri gelengan diberi. Satu hembusan nafas panas diberi.
"Kau nak apa-apa? Aku beli kat koperasi, nak?"
Tiada sahutan. Hanya gelengan diberi. Azrief dapat merasakan gelengan itu. Dia mengangguk. Dia mengetap bibir.
"Jom balik kelas, Wish," bisik Azrief.
"Okey," sepatah jawabnya.
Azrief memutuskan pelukan. Dia terus menatap wajah lesu Darwish Adil. Jelas lelaki di hadapannya penat.
Perlahan-lahan tangan kanannya naik ke menuju ke pipi Wish. Ibu jari ingin membelai kawasan itu dan...
"Kreak!" Pintu masuk utama tandas itu dibuka kuat. Ada orang lain yang ingin masuk.
Mata Azrief lantas membulat. Tindakan luar kawalnya membuatkan dirinya berundur ke belakang, menjauhi Wish. Refleksnya pantas.
Darwish mengecilkan matanya. Dia menggeleng. Matanya kembali dipandang ke bawah. "Aku ingat kau dah berubah," tutur pemuda itu lalu berlalu kembali ke kelas. Dia tidak mahu langsung menunggu lelaki kurus di hadapannya. Hanya angin lalu yang diberi.
"Bodoh!" carut Azrief lalu satu tumbukan diberikan pada dinding tandas sekolah. Dia mencekak pinggang. Matanya dipejam.
"Weh, Azrief kau okey tak?" Suara rakannya yang lain dari kawasan singki hinggap di telinganya.
"Aku okey. Aku okey," balasnya. Dia membetulkan posisi tali leher. Lengan baju kembali dengan panjang asal. Dia menghembus nafas. "It's fine, Azrief. You can do it," Lelaki berbaju kemeja putih dengan seluar putih itu kembali melangkah ke kelasnya.
Rehat petang~~~
Intan Dyra sedang berjalan beriringan dengan sahabat karibnya Qairyn Qarina. Kedua pemudi itu baru pulang daripada melawat kelas Darwish. Nasib lelaki itu baik-baik sahaja.
Mereka berdua sedang menuju ke arah satu lorong gelap dan terpinggir di aras bawah, yang mana ada beberapa pelajar junior perempuan lain sedang duduk. Mereka semua sedang bergelak ketawa.
Salah seorang daripada kumpulan itu perasan akan kehadiran dua kakak senior mereka. Dia menghampiri kedua-duanya.
"Ye kak, apa boleh saya bantu?" Tag nama 'Diana' tersemat pada tudungnya.
"Announcement. Meeting tonight, 2130," lancar tutur Intan Dyra. Dia menghembus nafas.
Diana mengangguk dia mengeluarkan sebuah buku nota kecil. Terus dia mencatat maklumat itu. Dia kembali memandang dua senior itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
RomanceKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...