Dua hari sudah berlalu. Darwish Adil berjaya pulih dan meneruskan pelajarannya di Sekolah Berasrama Penuh Air Tawar. (SBPAT).
Darwish Adil sekarang sedang duduk berehat di meja kantin sekolahnya. Dia duduk seorang diri. Pemuda itu tidak kesah. Perkara baiknya dia masih dapat lihat dua sahabat karibnya, Qairyn dan Intan dari jauh.
Terpisah dengan ruang makan pelajar lelaki dan perempuan, tiga pelajar itu masih berjaya menuju ke kantin bersama-sama.
Nafas dihembus. Pandangan Wish kembali kepada pinggan nasi lemak yang hampir kosong. "Kenapalah korang perempuan. Kalau korang laki kan senang. Takpun kalau aku perempuan kan senang," Bibir dimuncungkan. Dia kembali menyuap dengan sudu.
"Jauh memuncung nak ke mana," suara garau datang dari belakang Darwish. Suara itu ditambah nada periang serta berbangkit. Jelas ceria.
"Jantan ni lagi," Wish berbisik dalam hati. Kepalanya digeleng beberapa kali. Nafas dihembus cuba menghilangkan apa-apa perasaan dalam dirinya.
"Takde pergi mana, pun. Kau tu taknak pergi jauh ke?"
Kepala Azrief Safwan senget ke kiri. Tidak mengerti akan apa yang lelaki di hadapannya katakan.
"Maksud kau?"
"Yelah kau kan selalu jauh dari aku," Lelaki yang memakai baju sekolah hijau mendongak ke atas. Memandang tepat wajah Azrief Safwan. Senyum yang lebar terukir di bibirnya.
Azrief terpegun dengan balasan rakan sekelasnya itu. Dia meneguk air liurnya. Senyuman tawar diberikan kembali.
"Well, aku nak teman kau makanlah," Azrief Safwan mengambil tempat betul-betul di hadapan Darwish Adil. Ketua Pelajar itu mula menyodok nasi goreng telurnya.
"If that so enjoy your meal, Azrief" Wish mula bangkit dari tempat makannya. Nasi lemak yang tinggal bakinya tidak dihabiskan. Seleranya sudah hilang lama sejak Azrief menghampiri dirinya.
Nafas diambil serta dilepaskan. Mata ditutup. "Kenapa kau guna ayat tu, Wish." Dahinya sendiri ditepuk sekali. "Stupid," Tepukan. "Stupid" Satu lagi Tepukan.
"Tenang...,"
"Huff...," Nafas dihembus. Mencari ketenangan.
~~~~~~
Darwish Adil sedang berbaring di atas katilnya yang empuk. Dia sedang melayari aplikasi Instagram melihat akaun kepunyaannya.
Dia memandang jam pada telefon pintarnya. 7.00 P.M. Pemuda itu baru selesai makan malam bersama-sama dengan keluarnya.
"Well this started to get-,"
"Open chat!" Tiba-tiba suara seorang lelaki kedengaran dari telefonnya. Hampir tercampak telefon pintar Darwish. Dia menggeleng beberapa kali.
"Suara Azrief ni buat aku sakit jantunglah," Dia melepaskan nafas. Sebelah tangan menepuk-nepuk dada. "Sabar je lah,"
Dia kembali bertanyakan soalan kepada diri sendiri. Mengapa dia perlu menetapkan ringtone suara sahabatnya itu sebagai bunyi notifikasi perbualannya dengan Azrief Safwan.
"Well maybe sebab dia crush aku?" Darwish tersenyum seorang diri. Dia membuka Whatsapp.
MON AMOUR💓: Kau dah makan malam ke?
Wish tidak mampu menahan senyuman yang semakin melebar. Hatinya melonjak riang. Kegembiraan yang melampau menyelebungi diri.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
RomansKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...