"What? Apa you cakap ni?" Azrief memegang lengan berisi Darwish Adil. Dahinya berkerut. Nafasnya mula bertambah. Dadanya turun naik. Dia tidak faham dengan apa yang Wish cuba sampaikan, ataupun dia sebenarnya mengharapkan apa yang dia dengar dari mulut lelaki di hadapan itu hanya ilusi semata.
"Let's breakup," ujar Wish. Dia tersenyum sekali sambil menghembus nafas.
Kepala Azrief Safwan meneleng ke tepi. Pemuda itu tidak percaya yang Darwish sedang tersenyum dengan ayat itu. Rasa seperti Wish selama ini mengambil mudah hubungan mereka. "Kenapa you senyum? You rasa benda ni lawak ke?" Azrief bangkit dari duduk. Dia mencekak pinggang. Air matanya mula berkumpul. "Benda ni tak lawak, Wish."
Azrief mengetap bibirnya. Lelaki kurus itu memegang rambutnya. Digosok berkali-kali. "ARGH!!" Sekali jeritan kuat dilepaskan dari dada Si Lelaki. Air matanya turut tumpah ke tanah. "You rasa yang hubungan kita ni main-main je selama ni? You ingat yang I sayang you tipu-tipu, sebab tu you gelak then nak break macam tu je?!" Pemuda itu bergerak ke kiri dan kanan berkali-kali.
"I tak pernah tipu. I cinta you. I cinta you sangat-sangat. ke...," ayat lelaki kurus itu terhenti, dia memandang Wish yang sudah lama melihat keadaan dirinya. "Ke selama ni, you cuma nak balas dendam dengan I? You nak tengok I tergila-gilakan you, lepastu you tinggalkan I?" Setitis air mata mengalir lagi. Hatinya sakit jika itu kenyataannya.
Pelukan hangat datang dari hadapan. Pelukan dari Wish memeluk Azrief yang runsing dengan hubungan mereka. Sebuah pelukan yang meredakan amarah dan kesedihan Si Ketua Pelajar. Azrief Safwan menekup wajahnya pada baju t-shirt hitam milik Wish. Air matanya jatuh di situ. Azrief memeluk pinggang lelaki berbadan besar di hadapannya. Erat. Tidak mahu melepaskannya pergi. Belaian lembut diberi ke belakang Si Anak Sulung.
"Jangan tinggalkan I... I merayu...," bisik Azrief lemah.
"Siapa cakap I tinggalkan you?" balas Wish.
"You nak breakup..."
"I nak breakup supaya kita boleh berubah, Azrief. I masih akan di sisi you. Kita kan nak berubah sama-sama."
Azrief memandang Wish. Dia mengetap bibirnya. "Kenapa kena breakup?"
"Sebab I taknak sakitkan hati I sangat-sangat nanti. Bila kita...,"
"Bila kita?"
"Berubah..."
"Inilah perkara yang you fikir pasal kita dekat sekolah haritu?" Azrief Safwan cuba mencantumkan konklusi.
Lelaki dengan pipi tembam itu mengangguk. Senyuman nipis terukir pada bibir Wish. Dia mengusap lembut dagu cengkung Azrief. Azrief pula pergi ke arah belaian itu. Menikmati setiap sentuhan lembut dengan aroma manis strawberi dari tangan Darwish. Belaian yang mendamaikan dirinya.
"I taknak kita couple lama.. sebab takut lagi susah kita nak berubah dan lagi sakit bila kita berpisah. Jadi cukuplah kita merasa hubungan yang manis ini untuk seketika," tutur Si Pengawas SPBT itu lembut. "Biarlah malam ni, malam date kita yang pertama dan terakhir. Biar malam ni jadi saksi kepada Tuhan, usaha kita berubah ke jalan yang baik."
Azrief memandang wajah Wish. Lelaki tembam di hadapannya tersenyum tapi empangan air matanya runtuh. Sekali titisan air mata jatuh. Begitu juga dengan Azrief. Tidak mampu melihat insan yang dia sayang menangis.
"I gembira sebab I boleh terima hakikat ini dengan hati terbuka." Wish mengelap air mata Azrief yang jatuh. "I harap you pun boleh terima."
Bibir mereka bertemu. Sebuah kucupan penuh makna. Tangan Azrief bergerak merangkul pinggang lelaki di hadapannya. Memegang dengan penuh lembut dan kasih sayang. Tangan Wish pula bergerak menyatu di belakang leher Si Lelaki Kurus. Kucupan yang lama dengan perubahan arah dari satu saat ke saat yang lain. Kucupan yang terakhir.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
RomansaKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...