Ikris memulas tombol pintu ke bilik Azrief dan Darwish. Pintu dibuka. Matanya dihadiahkan dengan Azrief sedang duduk di atas peha Wish. Mata kedua pemuda itu membulat. Pantas kedua-duanya bangkit berdiri menghadap Mikail Ikris.
Azrief dan Darwish membetulkan baju mereka kejap.
Ikris menjongkitkan sebelah keningnya. "Amboi.. lain kali kunci pin-,"
"Ikris! Musuh!" Laung Danny Flyn Handerson lantang dari ruang tamu. D berlari menghampiri Ikris.
Ikris terkejut. Matanya fokus kepada dua pemuda di hadapannya yang jelas terkebil-kebil kekeliruan. Akan tetapi ruang penglihatannya menangkap sebuah pergerakan yang cepat dari luar sliding door bilik Wish dan Azrief. Bola mata Ikris membulat.
"Tunduk both of you!"
"Ha?"
"Prang!" Kaca sliding door pecah. Akibat rempuhan dua individu berpakaian serba hitam. Seorang berbadan tegap besar dan seorang bertubuh kecil. Muka mereka tertutup.
Pemuda-pemuda SBPAT itu hanya sempat menundukkan badan mereka. Wish menutup telinganya takut dengan bunyi kaca pecah sebentar tadi. Mereka terkejut dengan serangan tiba-tiba itu. Belum sempat berpaling tubuh besar Wish diangkat oleh lelaki bertubuh tegap itu.
"Azrief!" Mulut Wish laju ditekup dengan kain, menghalang sebarang bunyi keluar. Matanya membulat. Dia cuba meronta melepaskan diri. Tidak berjaya.
Azrief baru ingin melalui kejadian yang sama, tetapi pergerakannya lebih pantas. Tangan penceroboh yang merentap pinggangnya lantas ditepis. Dia menunduk. Kaca yang bertaburan di sekeliling diambil kejap langsung dibenamkan ke dalam lengan kiri penceroboh yang kecil.
"ARGH! SIAL!" Pencoroboh itu menjerit. Tidak menyangka Azrief berani berbuat begitu. Tubuhnya terkebelakang menahan sakit yang bukan kepalang.
Azrief sedang memandang cemas tubuh Wish yang meronta-ronta mintak dilepaskan. Baru ingin bergerak-
"Bang!"
Sebuah peluru laju menghampiri depan matanya. Tersasar. Azrief Safwan membuat balik kuang di atas katil sebelum sampai di bahagian sebaris dengan Uncle Ikris.
"Kau bawak budak tu blah! Aku nak bunuh budak ni!" Arah penceroboh yang kecil itu sambil mengacu sebuah pistol Glock ke arah Azrief dengan sebelah tangan. Tangan sebelahnya jelas tidak mampu lagi bergerak.
Rakan penceroboh itu berlari keluar ruangan bilik itu dengan mengendong tubuh berat Wish.
"Wish!" Uncle Ikris dan Azrief berteriak serentak. Mereka ingin bergerak tetapi dihalang. Pencoroboh yang satu itu sedang mengacu senjata ke arah mereka berdua silih berganti.
"Kau nak pergi mana BABI!" jerkah Si penceroboh menghalang dua lelaki di hadapannya mengejar rakan subahatnya.
Pistol ditala pula ke arah Azrief Safwan. "Kau..," pencoroboh itu mengetap bibir. "Kau memang mampus malam ni budak!" Belum pernah mangsanya berani mencederakan dirinya. Kemungkinan besar tangan kanannya akan lumpuh jika dibiarkan tidak berawat. Dia tidak boleh terima.
"Matilah kau dulu jahaman!" D muncul di sebelah Ikris. Pada tangannya dua pistol Glock berkembar. Dihala tepat ke penceroboh.
"Bang! Bang! Bang! Bang!" Setiap peluru laju membelah angin bilik itu.
Pencoroboh kaku dengan apa yang terjadi. Terkejut dengan kemunculan D bersama senjata. Tubuhnya berasa panas di kedua belah dada dan perut. Nafasnya terhenti. Dia longlai jatuh ke belakang.
"Ikris!" Nama itu dilaung kuat oleh D. Lelaki itu membaling sepucuk pistol Glock ke arah lelaki di sisinya.
Mikail Ikris cekap menangkap pistol itu. Lelaki berbadan tegap itu mengerti dengan laungan namanya sekali, dia laju bergerak keluar balkoni mengejar Si Penculik. Dia terjun ke bawah.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
RomansKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...