CH 41: Date (P2)

197 10 6
                                    

Azrief Safwan turun dari motosikal milik ayahnya. Dia mencabut kunci lalu diseluk ke dalam poket seluar. Dia menghampiri pagar rumah dua tingkat itu. Ruang tempat letak kereta rumah itu kosong.

Azrief menarik nafas sekali. Dia meraup wajah sambil merapikan rambutnya. Entah mengapa dia gementar di hadapan rumah itu. Rumah Wish? Rumah pemilik hatinya?

Dia mengenakan baju t-shirt hitam pilihan Darwish. Terdapat sebuah logo pelangi kecil di lengan kanan t-shirt itu. Sebuah baju yang sekarang menjadi kegemarannya. Mungkin kerana pemberian dari Wish, atau kerana baju itu masih terlekat bau losyen strawberi Wish.

"Assalamualaikum," ucap pemuda kurus itu. Kaki dihentak beberapa kali. Berdebar.

Tidak perlu lama menunggu. Seorang wanita berbaju muslimah putih, dikenakan dengan seluar palazo putih keluar dari muka pintu rumah itu. Wanita itu melihat ke hadapan lalu tersenyum.

"Waalaikumussalam." Kak Ngah, Rafaela Adila bergerak ke pintu pagar utama. Senyuman di bibir tidak lekang sepanjang perjalanan.

"Awal awak datang. Wish tak bagitau pun." Kak Ngah memulakan perbualan sambil membuka pintu pagar itu.

Azrief menunduk. Dia malu. "Saya sengaja datang awal. Takut kene marah dengan Wish," katanya.

"Baguslah tu. Wish tu mudah sangat marah orang," balas Rafaela. Dia memimpin jalan masuk ke dalam rumah. "Nasib awaklah dapat adik Kak Ngah sorang tu."

Pipi Azrief Safwan itu merona merah. Malu dengan ayat yang dilontarkan oleh anak kedua keluarga Encik Jamiludin Adil. Perasan terkejut juga hadir, tidak menyangka Wish akan bercerita tentang mereka pada keluarganya. Alangkah baiknya jika keluarga Azrief bersikap terbuka seperti keluarga Darwish.

Sekarang pemuda itu sedang duduk selesa di ruang tamu. Hawa dingin memenuhi ruang. Kak Ngah berlalu ke dapur, ingin membuat air katanya.

"Kak Ngah! Adik nak pinjam iron!" Suara Darwish dilontar dari tingkat atas. Kuat dan lantang.

Rafaela Adila masuk ke ruang tamu sambil membawa dulang berisi jag air sirap dan segelas cawan. "Ambiklah!"

Rafaela menggeleng. "Tengoklah perangai Wish tu, memekik je dalam rumah ni. Kak Ngah tak paham macam mana awak boleh tahan dengan dia."

Azrief mengangguk. Dia tersenyum. Dia pun tidak tahu. Mungkin hanya sebab cinta. Sebab cinta, dia boleh bertahan bersama dengan seorang lelaki tembam itu.

Bunyi tapak kaki menuruni tangga. Wish tiba di lantai bawah rumah itu. Dia hanya memakai baju t-shirt hitam sambil tangan kiri memegang penggosok. Di pinggang ada tuala putih melitupi lutut.

Kawasan betis Darwish Adil menarik perhatian Azrief. Betis itu licin dan putih sedikit berbanding tubuh badannya yang lain. Cantik.

"Kak Ngah... macam tak elok je iron ni.." tutur Wish sambil perlahan mendongak ke arah kakak keduanya. Bibirnya memuncung ke hadapan. Akan tetapi ada seorang lagi individu di situ. Itu...

Mata Darwish membulat. Dia laju bertukar pandang keadaan dirinya dengan Azrief yang sedari tadi menyampaikan senyuman lebar. Dia malu.

"Shit!" Wish pantas berlari semula ke biliknya. "Kak Ngah ni! Kenapa tak bagitau Azrief sampai!?" laung Wish lalu masuk ke dalam biliknya. Dia malu. Sangat malu.

Azrief tidak mampu menahan gelak. Dia tertawa di situ. Begitu juga dengan Rafaela Adila.

"Ting!" Notifikasi masuk pada Telefon pintar Azrief. Dia melihat ada pesanan Whatsapp dari Wish.

SAYANG🍓: Kenapa datang awal tak bagitau! 😤

Sengihan mula terbentuk di bibir Azrief. Dia menaip jawapan.

Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang