CH 39: Hati

151 15 0
                                    

Azrief Safwan masuk ke dalam Dorm 1.1. Dia baru selesai mandi selepas badannya sudah sejuk daripada bermain bola keranjang tadi. Selepas ini, dia dan Wish ingin bergerak ke Dewan Makan untuk sesi makan malam. 

Ketua pelajar itu bergerak ke katil 2 tingkat yang dia kongsi bersama Darwish Adil. Pada kepala katil dia dapat lihat sepasang sleeveless hitam tergantung. Sleeveless yang dia pakai sewaktu latihan tadi. Sudah 3 hari dia turuti kemahuan buah hatinya- Darwish. Ketiga-tiga hari juga lelaki berbadan besar itu menemaninya dan melihat dia beraksi di gelanggang. 

Tapi semalam. Wajah Wish terlihat kosong. Dia tersenyum, dia tergelak, dia gembira tapi di balik semua itu seperti ada sesuatu yang tidak kena. Adakah kaitan dengan pertemuan Si Wish bersama adik Azrief, Si Faqwan? Itu Azrief sendiri tidak pasti. Tapi yang pasti Wish kerap termenung. Hanya bila dipanggil sahaja memandang. 

Ketua Pelajar itu memandang katil bawah. Kosong dan siap dikemas. Kepalanya naik, mencari susuk tubuh besar kepunyaan Pengawas SBPT itu. Lama mengesan tetapi tidak berjumpa. Kerutan dahi Azrief mula membentuk. Tindakan memakai baju melayunya tergendala. 

Sahabatnya Ikhwan Ammar melintas di hadapan. Lelaki berkaca mata itu perlu bertanya. 

"Ikhwan, kau ada nampak Wish?" soal Azrief. 

Ikhwan berpaling. "Dalam 5 minit lepas dia dah keluar." 

"Kau tahu dia pergi mana?" 

"Entah." Ikhwan Ammar menjongkitkan bahu sekali. "Tapi dia nampak lain. Macam sedih je." 

Azrief Safwan hanya mengangguk. Dia siap memakai baju melayu merah jambu. Tapi pemuda itu sedar sahabatnya masih tidak berganjak dari hadapannya. Wajah Ikhwan seperti ingin mengajukan persoalan. Azrief mengangkat sebelah kening. 

"Kau dengan Wish ada gaduh ke?" soal pula Si Ikhwan. 

Azrief cuba mengingati perbuatannya dengan Wish. Seingatnya tiada apa-apa yang boleh dikatakan mewujudkan pergaduhan besar. Hanyalah gurauan dan gelak tawa manja. Lelaki berbaju melayu itu menggeleng. "Kenapa kau tanya?" 

"Taklah. Lately, aku perasan kau dengan Wish rapat balik. So aku ingat kau dengan dia ada gaduh sebab tu dia macam sedih." Ikhwan Ammar tidak mahu berborak panjang, jadi dia meminta diri ingin menyiapkan diri. 

Azrief duduk di atas katil Wish. Dia menyentuh cadar tilam itu. Dia risau kenapa Darwish bersikap sedemikian. Matanya perasan akan sebuah botol kecil di sisi bantal Wish. Dia mengambil botol itu. Ini merupakan botol losyen milik Wish. Bauan strawberi semestinya. Entah kenapa dia membuat keputusan itu menyimpan losyen itu ke dalam beg galasnya. 

Selesai menyiapkan diri, Azrief Safwan terus bergerak ke dalam ruangan Dewan Makan. Matanya melilau mencari seorang individu. Dia lihat meja pelajar tingkatan 5. Dia lihat kawasan yang Wish selalu pilih semasa sesi makan di dewan itu. Kosong. Tiada Wish. 

"Ni tak boleh jadi," tutur pemuda itu lalu melangkah keluar. Beg galas laju disambut kemudian digalas. Langkahannya tiba di kaki tangga yang menuju ke surau. Dia berkira-kira. Darwish Adil tidak akan pergi ke surau. Bukan satu anggapan buruk, tapi memang  itu kenyataannya. Azrief masih ingat jelas ayat yang keluar dari mulut Wish ketika itu. 

"I bukan tak suka surau. Cuma I rasa, I tak selesa sangat dekat tempat yang suci." 

Cara pemikiran yang salah. Banyak kali Azrief menegur, yang rumah Allah itu terbuka. Siapa-siapa sahaja boleh melangkah kaki asalkan tujuannya untuk beribadah, berehat dari dunia dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Tidak kira dosa lampau, tidak kira status. Akan tetapi Wish hanya tertawa sebentar. 

"Baik, Azrief." 

Jadi kaki Azrief membawa diri kurusnya pergi ke tempat lain. Menuju ke kawasan blok akademik. Memang dia tidak sepatutnya berada di situ pada waktu-waktu seperti ini, tapi dia ingin pergi mencari Darwish Adil. Separuh hatinya. Dia tidak kira jika ada warden atau pengawal keselamatan yang memarahinya. Dia perlu berjumpa dengan Wish. 

Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️) Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang