"Wish, jangan nangis..," pujuk Qairyn Qarina. Dia sedang menahan air matanya sendiri dari jatuh. Tidak mampu dia melihat sahabatnya menangis.
"Ish, jangan buat aku emo gila." Kini giliran Intan Dyra pula bersuara. Dia mengelap air mata yang mengalir di tubir mata. Dia menarik nafas sekali.
"Nanti naik cuti kita jumpa balik..," sambung pelajar SBPAT itu.Wish sedang memandang dua sahabatnya itu dengan senyuman tawar. Bibirnya diketap. Matanya merah. Entah mengapa perasaan yang dia rasa sewaktu balik bermalam ini berbeza. Dia rasa sedih. Sangat sedih. Mungkin sebab dia sedar, pengorbanan dua sahabatnya selama ini. Tanpa dia sedar, mungkin dia tak berjaya hingga ke tahap ini tanpa bantu Qairyn dan Dyra.
"Aku bukan apa. Entahlah." Darwish Adil menghembus hingus ke dalam sehelai tisu. Dia mengelap hidungnya yang memerah. "Aku just nak terima kasih kat korang. Tanpa korang aku tak tahu nak buat apa.."
"Kita kan kawan... Takpe nanti waktu cuti, kita chat-chat selalu," pujuk lagi BADAR wanita tingkatan 5 itu.
"Betul. Kau nak cerita semua benda kat kitaorang boleh. Kitaorang kawan kau. Kitaorang ada kat sisi kau selalu," tutur pula Si Intan Dyra.
Tiga pelajar itu sedang duduk di sebuah lorong yang menghubungkan kelas-kelas tingkatan 5 dengan ruangan parking para guru. Hari jumaat itu mereka akan pulang ke rumah. Selama 1 minggu. Rasa sangat lama bila berpisah dengan kawan baik sendiri.
"Aku entahlah. Aku takut tiba-tiba aku gone..,"
"Mulut kau jaga!" potong Intan dari Wish menghambiskan ayat.
"Apa cakap benda mengarut ni, Wish!?" Qairyn terkejut dengan kenyataan itu.
"Ajal maut kan kat tangan Tuhan," balas Wish.
Kedua wanita itu hanya menggeleng. Mereka melepas hela. Benar tutur sahabat lelaki mereka itu.
"Takpe... Kita doa baik-baik." Qairyn mengukirkan senyuman."Tak payah nak rindu sangat kitaorang. Kau kan dekat dengan Si Pujaan Hati. Lepaklah dengan dia selalu."
"Iya! Kau kan 'Sayang' dia," ujar Intan Dyra sambil kedua keningnya terangkat beberapa kali.
Pipi Darwish Adil memerah. Pemuda itu terkejut. Dia menahan mulut dari tersenyum. Dia menyahkan air mata yang tersisa.
"Apa korang ni, ke situ pulak." tutur pemuda tembam itu. Dia tertawa kejap sambil menggeleng.
"tap. tap! Tap!"
Bunyi tapak kaki seseorang menghampiri lorong itu. Ketiga sahabat itu berpaling, ingin melihat siapa gerangannya.
Datanglah seorang pemuda kelas 5 Qurni. Lelaki berpakaian baju koperat SBPAT. Pemuda yang memegang jawatan ketua pelajar sekolah itu. Pemuda yang juga memegang hati Si Wish. Azrief Safwan. Lelaki itu memandang sekeliling sebelum terhenti pada Wish.
Mata Wish juga tidak berhenti memandang Si Lelaki. Senyuman semakin melebar. Detak jantung berdebar. Ruangan hatinya berasa hangat. Terisi. Terisi dengan kehadiran Azrief.
Senyuman lebar yang menampakkan susunan gigi putih. Dia menghampiri lelaki berbadan besar itu. Tangan itu turun menyentuh perut Wish. Sekali belain diberi.
"Panjang umur," tutur Intan Dyra. Dia bertukar pandangan dengan Qairyn di sebelah. Mereka berdua tersenyum sedari kehadiran pemain bola keranjang itu.
Dahi Azrief Safwan bertaut. Dia melepas pandang pada dua perempuan di hadapannya lalu jatuh pada Wish. Dia memaut leher Wish. "Ngumpat I ke?"
"Takde masa nak ngumpat." Pantas balas Si Darwish. Dia membetulkan kaca matanya.
"Taklah. Ada budak ni sedih jauh dari kitaorang, so kitaorang cakaplah ada orang yang dekat boleh manja-manja dengan dia," terang pelajar perempuan itu. Dia memandang Qairyn meminta sokongan. BADAR itu pula mengangguk laju.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
RomanceKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...