"Cucu opah," lembut satu suara sampai ke gegendang telinga pemuda itu. Darwish pelik. Suara itu seperti dia kenal.
Darwish Adil perlahan-lahan membuka matanya. Kabur. Nafas dihembus. Dia dapat lihat sebuah sosok wanita. Matanya semakin jelas.
Pandangan pemuda itu ditala ke seluruh arah. Mengenal pasti di manakah dia berada. Tetapi tiada sebarang tekaan. Semuanya putih. Termasuk pakaiannya. Tenang dan sunyi. Hanyalah deruan angin lembut menyapa wajah.
Pandangan ditala kembali ke arah individu di hadapan matanya. Anak matanya membesar, tidak percaya. Sosok ini..
"Opah?" suaranya perlahan. Mencari kepastian.Darwish Adil tidak mempercayai anak matanya sendiri. Digosok berkali-kali matanya. Menghilangkan syak wasangka.
"O..o.opah?" soalnya sekali lagi. Terketar-ketar.
"Ya, Kusanja Opah," wanita berumur di hadapan itu tersenyum. Panggilan yang lama Darwish tidak dengar. Panggilan manja opahnya.
Wanita itu sedang memakai pakaian serba putih. Selendang putih menutup ubun-ubun wanita tua itu. Kulitnya berkedut. Tapi senyuman tidak lekang di bibir. Tangannya setia pada tangan Si Cucu.
"O..opah... Adik rindu opah...," terus Darwish memeluk wanita tua di hadapannya. Dia memeluk wanita tua itu erat. Lama. Tubuh tua wanita itu dirangkul penuh cinta. "Adik rindu opah...,"
"Iya, Kusanja Opah. Opah pun rindu adik sangat-sangat,"
"Opah... Adik banyak buat silap.... A..adik banyak buat do..do..dosa," rintih Darwish. Sayu. Tangisan kembali keluar. Air mata mengalir laju dari tubir mata. Esakannya pantas.
"Kusanja Opah," panggil perempuan berumur itu dengan suara lunak. Wanita itu membelai rambut Darwish Adil. Dia hanya tersenyum tenang.
"Semua orang ada ujian masing-masing dalam dunia ni. Opah pun ada ujian opah. Adik pun ada ujian adik tersendiri tau. Jadi adik kene kuat untuk tempuh segala ujian ni," perlahan suara opah kedengaran di telinga Darwish. Satu belaian halus dapat dirasakan di belakang tubuh pemuda itu.
"Sekarang adik kena bangkit balik. Adik kena kuat,"
"Tapi adik tak kuat opah. Adik tak nak sakit dah... Adik tak kuat..... Tak kuat...,"
"Kusanja Opah, kalau adik tak kuat... Adik takkan ada sampai ke peringkat ni,"
Darwish berhenti memeluk. Dia memandang wajah opahnya. "Hisk..hisk.. kenapa pulak?" Darwish menyoal.
Opahnya itu hanya tersenyum. Dia mengelap air mata Wish. Dia terus melipat lengan baju cucunya itu. Parut yang teramat banyak dapat dilihat. Opah hanya memaniskan wajah.
"Sebab adik masih bertahan setelah adik lalui semua benda ni," Si Opah menjuihkan bibir ke arah parut-parut tersebut. "Semua peristiwa gelap, semua kesakitan, semua seksaan, adik berjaya lalui. Why you want to end it all now, even though you're a survivor in this world?"
"..."
"Kusanja Opah.. adik dah cukup untuk semua. Opah akan tetap sayang adik, tak kira apa-apa terjadi sebab adik masih Kusanja Opah," tangan berkedut wanita itu mengusap rambut cucunya.
Nafas Darwish Adil kembali perlahan. Matanya hanya fokus kepada wajah opahnya. Biarpun berkedut, tetaplah nampak ketenangan yang jelas.
"Now tell me, who's that handsome guy?"
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
RomansaKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...