Mereka sampai ke perbatasan perumahan Sanctuary 1 dengan hutan tebal. Azrief mencapai ke dalam sebuah semak berdekatan lalu mengeluarkan motor milik ayahnya. Kunci dimasukkan. Enjin dihidupkan.
Satu-satunya topi keledar yang Azrief ada, dipakaikan pada Wish. Perlahan-lahan dia memakaikan topi keselamatan itu. Rambut yang terkeluar dimasukkan dengan cermat.
Pemuda anak sulung itu menaiki motor. Dia membuka tempat letak kaki bagi pembonceng. Lelaki kurus itu memandang wajah Wish. Dia tersenyum. Barisan gigi putih yang elok tersusun. Ditambah pula dengan cengkungnya dagu pemain bola keranjang itu. Terlalu.. menawan. "For you,"
Wish mengetap bibirnya. Menahan sebaik mungkin dari tersenyum. Tanpa sedar pipi lelaki tembam itu mula memerah. Dia menghalang dirinya daripada menunjukkan sebarang reaksi berlebihan.
Darwish menaiki tempat duduk belakang. Dia mengambil jarak sedikit jauh daripada tubuh Azrief. Malu dan takut. Tangannya berpaut pada besi belakang motor itu.
"Kau pasti taknak pegang aku?" soal Azrief. Sebelah keningnya terangkat.
"Just drive," jawab lelaki berbadan besar itu. Wish menggeleng.
Azrief memulas stereng motor. Motor itu tiba-tiba ke hadapan. Daya yang tidak tersangka menolak Wish mendekati tubuh kurus Azrief. Tangan lelaki besar itu lantas memeluk pinggang ramping Si Ketua Pelajar SBPAT. Wajahnya tersembam pada belakang badan Azrief.
"Bodohlah kau ni!" Tangan Wish mahu ditarik daripada memeluk pinggang lelaki di hadapan. Tapi.
"No," Azrief memegang tangan lelaki yang memboncengnya. Tidak membenarkan lelaki itu bergerak. "Kalau kau jatuh, salah aku pulak nanti,"
"Urgh...," Wish mengetap bibirnya. Matanya membulat. Menahan baran. "Aku tumpang Liu lah macam ni," Dia mahu turun.
"Okey! Okey. Just at least be closer. Aku takut kau jatuh..," Azrief cepat membantutkan pergerakan orang di belakangnya. Pegangan tangan pada kedua pergelangan tangan Darwish dilepas.
"Tahu takut..," detus hati Si Wish. Dia tersengih.
"I'm sorry,"
"Huh?"
Wish pelik. Tidak tahu atas perkara apa yang lelaki di hadapannya memohon maaf. Hal sekejap tadi ataupun sewaktu di dalam Sanctuary 1? Lagipun memang Azrief buat banyak ke-
"Untuk semuanya. Dari aku kat sekolah, sampai sekarang. There's a lot of think I did without thinking. Aku mintak maaf. Aku banyak kali ego kat kau. Aku mengaku. Aku banyak salah.
I just... ," Azrief Safwan memalingkan wajahnya. Dia memandang wajah Wish. Lelaki berbadan besar itu jelas risau dengan dirinya. Pandangannya tenang. Nafas dihirup. "I just can afford to lose you... again,"
Pantas Azrief memandang ke hadapan. Stereng dipulas. Pemanduan berlalu. Mereka berdua perlahan-lahan menusuri jalan keluar daripada kawasan perumahan Sanctuary 1.
Mereka keluar kembali ke jalan besar. Pemanduan Azrief cermat. Tangan Wish perlahan-lahan kembali memeluk pinggang ramping pemandunya. Kepala lelaki berbadan besar itu diletakkan di belakang leher Azrief. Azrief pula tidak melawan. Hanya membiarkan perkara itu terjadi.
Darwish Adil tidak lagi mampu menahan dirinya. Perasaan cinta dalam dirinya seperti dibalas. Tanpa sedar, air matanya mengalir. Terharu? Nafasnya dihembus. Senyuman terbentuk pada bibir Wish.
Dari jalan besar pergi ke kawasan bandar. Jalanan masih dipenuhi dengan pelbagai kenderaan. Wajar sebegitu, kerana keesokan harinya ialah hari sabtu. Cuti.
Sepanjang perjalanan mereka, hanya ditemani dengan bunyian kenderaan lain. Kadang hon, kadang enjin. Tidak lupa juga dengan deruan angin malam yang asyik menerpa tubuh kedua pemuda itu. Tenang dan selesa.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
RomanceKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...