(Makluman: Babak istimewa kali ini, tiada kaitan dengan alur cerita utama Bukan Takdir Kita. Jadi semua yang berlaku dalam babak ini tidak terjadi dalam jalan cerita Bukan Takdir Kita. Anyway Enjoy!)
"Wish," panggil satu suara.
Darwish Adil perlahan mengangkat kelopak matanya. Malas. Dia penat. Dia mengantuk. Sungguh penat untuk dia berpuasa di Sekolah Berasrama Penuh itu. Walau ini bukan tahun pertamanya, tapi dia masih penat. Pada waktu petang sebegitu, lelaki itu hanya mahu melentokkan kepala di atas bahu yang bidang milik-
"Darwish." Nama penuhnya dipanggil. Wish hanya mampu menghela nafas. Dia merengek.
"Ish! Apa?" Wish masih menutup mata. Dahinya berkerut sambil bibirnya dijuihkan ke depan.
"Bangun... I check bacaan you," tutur Azrief Safwan lembut. Dia menolak kepala lelaki berbadan besar yang sedang melentokkan kepalanya di atas bahunya. Dia tersenyum.
Darwish menghembus nafas berat. Dia tidak suka apabila bacaan Al-Qurannya diperiksa dan didengari oleh Azrief. Azrief memang seorang yang tegas, manakala tangannya jenis yang ringan. Ringan mencubit. Sangat ringan mencubit. Pehanya masih kemerah-merahan akibat serangan kecil dari Azrief semalam. Sekarang mahu ditambahkan lagi.
"Ouch!" Lengan Wish dicubit. Mata dia pantas dibuka. Dia mengetap bibirnya. Sebelah tangan bergerak menutup kawasan lengan yang dicubit sebentar tadi. Matanya pantas memandang wajah Azrief Safwan yang sedang tersenyum lebar. Senyuman yang menampakkan barisan gigi putih. Menonjolkan leher dan kawasan pipi cekung miliknya.
"Ada wudu lagi tak?" soal Ketua Pelajar itu.
Lambat pemuda tembam itu ingin menjawab tapi selepas itu dia mengangguk lemah. Azrief mengangguk lalu membelai lembut rambut Si Wish. Pemuda kurus itu bangkit dari persilaan. Dia mengurut bahu dan belakangnya yang sakit lantaran Wish yang bersandar padanya hampir 40 minit sebaik mereka selesai solat Asar berjemaah di Surau Al-Takwa. Lelaki itu menghampiri rak Al-Quran. Diambilnya dua naskah. Satu bersaiz besar manakala sebuah lagi bersaiz kecil yang mempunyai terjemahan.
Dia kembali duduk. Sekarang dua pemuda kelas 5 Qurni itu duduk bersila saling menghadap satu sama lain. Wish hanya menghela nafas lalu mencapai sebuah Al-Quran yang besar. Nasib sahaja Azrief kenal yang dia suka akan kitab suci bersaiz itu. Wish tidak suka mengecilkan matanya untuk membaca ayat-ayat suci itu. Lagi besar dan jelas.
"Surah?" tanya Darwish.
"Dah baca sampai muka surat berapa semalam?" balas Azrief kembali dengan soalan.
"Muka surat 40."
Sebelah kening Azrief terangkat. Wajahnya berubah. Menjadi masam mencuka. "Sekarang dah berapa Ramadan?" Tegas suaranya.
"14." Perlahan jawab lelaki berhadapannya.
"Dahtu? Kata nak khatam, puasa tahun ni? Kalau hari ke-14 masih muka surat 40 macam mana nak khatam?"
"Tahu kan I baca lambat..."
Azrief mengurut dahinya. Bibir diketap. Entah mengapa perasaan amarah mula mendidih dalam hatinya. "Lambat baca... baca dengan I. Dah berapa banyak kali I cakap... cari je I. Cakap nak baca, I dengar." Lelaki itu menghembus nafas. "Cubalah cari masa you, bukak Al-Quran baca. Masa kosong tu, dari tidur, dari berborak kosong, bacalah Al-Quran. Tak susah you..." Al-Quran di tangan kejap dipegang elok.
Wish diam. Kepalanya menunduk. Nafasnya laju. "Itu kalau you. You memanglah senang." Suara pemuda itu serak. Liur pahit ditelannya kejap. Mata dia beras panas. Ada sealur rasa panas turun dari mata ke pipi.
Wish mengangkat wajahnya. Matanya sayu memandang Azrief. "I bukan macam you. Ingat I nak jadi macam ni? Tak pandai baca Al-Quran. Kurang ilmu tajwid. Kejap-kejap salah. Kejap-kejap sekat." Dia mengelap matanya. Tidak percaya dia menangis berkenaan hal ini.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
RomantikKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...