Azrief keluar dari bilik mandi dengan hanya mengenakan sehelai tuala keliling pinggang. Bahagian dari atas pusat sehingga ke atas tidak bertutup. Dia mengelap juga rambutnya yang basah dengan tuala kecil. Bilik berwarna pink lembut itu kosong dan mendamaikan.
Pendingin hawa menambahkan lagi ketenangan di dalam ruangan itu. Bauan strawberry turut menarik perhatian. Banyak yang berubah sejak kali terakhir Azrief Safwan menjejakkan kaki di situ. Perubahan katil, perabot, bauan bilik dan aksesori.
Kosong. Tiada orang.
Azrief mengerutkan dahinya. "Mana Wish?" Dia pergi menghampiri katil queen size di dalam bilik berwarna pink lembut itu. Dia dapat lihat ada sepersalinan baju dan seluar untuknya terlipat kemas di atas katil. Di atas pakaian itu ada sehelai sticky note. Tulisan Darwish Adil.
Salinlah baju ni. Kak Lang bagi untuk kau. Muat kut? Idk
Aku kat luar bilik takut kau tak selesa.
-Wish-
Azrief tersenyum melihat pesanan itu. Dia segera mengenakan persalinan itu. Mindanya menerawang...
30 minit yang lalu~~~
Tubuh Azrief lemah di sisi Darwish Adil. Wish memeluk lelaki itu.
"Kenapa ni Azrief?!" Kuat suara Wish cuba melawan bunyian hujan yang lebat. Dia menggoncang sedikit tubuh rakan sekelasnya itu.
"Aku sakit...,"
"Mana. Kat mana!" Wish cuba memeriksa sekitar lengan lelaki kurus itu. Tiada apa. Hanya basah dengan air hujan.
Tubuh mereka berdua lencun dek duduk di bawah hujan yang lebat. Tidak pula Wish kesah akan hal itu. Dia seperti sedia berada di sisi Azrief Safwan pada waktu itu. Tidak berganjak.
"Wish! Bawak Azrief masuk, sayang! Lebat ni!" Pekik Puan Rosmiza. Dia tidak mahu kedua pemuda itu berlama. Lebih-lebih lagi Azrief yang entah berapa lama berjalan mengharungi cuaca sebegini.
Wish memapah lelaki yang tinggi sedikit daripada ke ruang hadapan rumahnya yang berbumbung. Dia meletakkan Azrief di atas lantai.
"Alang, pergi ambik tuala cepat!" arah Ibu. Erika Adila pun berlalu pergi ke dalam rumah. Pantas melakukan arahan ibunya.
"Ya Allah, kenapa ni sayang?" Puan Rosmiza tidak senang duduk melihat keadaan Azrief yang jelas pucat dan tidak cukup tenaga. Matanya juga jelas kemerahan. Apa yang terjadi kepada insan yang satu ini?
Walaupun Si Pemuda itu pernah menyakiti anaknya, Puan Rosmiza belajar untuk menerima dan memaafkan. Apalah jenis manusia jika dia tidak membantu lelaki ini?
"Wish, lepasni cepat-cepat bawak Azrief pergi mandi. Bersihkan dan tenangkan diri,"
"Baik, ibu,"
Anak kedua keluarga itu, Rafaela Adila hanya mengetap bibir. Dia sudah memberitahu apa yang terjadi kepada Ayah, Kak Long dan Kak Teh. Mereka semua keliru dengan apa yang terjadi.
Sudahlah mereka tiga beranak masih terkejut yang Azrief Safwan yang menghantar anak bongsu keluarga itu pulang dari Sanctuary 1. Ditambah pula dengan hal sebegini. Banyak perkara yang mereka tidak tahu. Wish perlu menerangkan segalanya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bukan Takdir Kita (Completed✔️✔️)
RomanceKisah Darwish yang terpaksa menyembunyikan sexualitinya kerana agama. Pada masa yang sama jatuh cinta kepada kawan karibnya, Azrief yang kuat agama. Diari tempat meluah pula hilang begitu sahaja! Layanan sahabatnya berubah. Adakah rahsianya selama i...