"TAHNIAH puan. Anak puan lelaki sihat dan selamat. " Doktor perempuan itu tersenyum kecil sementara tangannya laju memotong tali pusat yang berjuntaian pada bayi lelaki itu.
Puan Khalidah terus mengucap alhamdulilah sebagai tanda kesyukuran.
Lelaki. Anak kedua dia dan Encik Alwie. InshaAllah akan menjadi anak terakhir mereka.
Encik Alwie terus mencium seketika dahi isterinya yang berpeluh setelah bertungkus-lumus melahirkan anak mereka. Bukan mudah proses untuk melahirkan seorang anak. You're my queen forever, sayang.
Tudung isterinya yang sedikit senget dibetulkan sebelum tersenyum kecil.
"Terima kasih Idah." Ayat pendek itu mampu menenangkan hati Puan Khalidah pada ketika itu. Tangan suaminya digenggam lalu senyuman manis diberikan.
"Sama-sama abang."
"Encik, puan." Teguran jururawat itu menyebabkan pasangan suami isteri itu mengalihkan pandangan mereka ke arahnya dengan pantas.
Anak mereka yang awalnya di dukungan jururawat tadi diserahkan kepada Encik Alwie.
"InshaAllah, encik boleh azankan bayi comel ni. Tahniah sekali lagi ya encik dan puan." Senyuman terukir dibibir sebagai balasan kepada jururawat itu.
Encik Alwie menunduk untuk mendekatkan jarak bibirnya dengan telinga anak kecil itu.
Bismillah.
Perlahan azan dialunkan di tepi telinga si comel itu.
Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa.
Anak ini hadir selepas 12 tahun menunggu setelah melahirkan anak sulung mereka, Zhafran. Apabila menyangkakan mereka sudah tiada harapan dan redha dengan takdir, Allah meniupkan anak kecil ini dalam rahim Puan Khalidah di usia 38 tahun.
Ini rahmat dan rezeki yang tak terjangka daripada Allah.
Terima kasih Allah.
"Idah dah ada nama untuk anak kita?" Lembut suara itu menyandang telinga Khalidah.
Dia mengangguk laju. "Dah bang."
"Jadi, apa nama anak kita?" tanya Encik Alwie sebelum hidungnya mengucup pipi merah anak lelakinya itu.
"Mustaqim. Mustaqim bin Alwie. Mustaqim maksudnya Yang Lurus." Kata Puan Khalidah sambil mengusap kepala kecil anaknya yang berada di pangkuan suaminya.
"Mustaqim. Semoga Mustaqim membesar dengan sihat dan dapat bahagiakan mama dan baba ya sayang. Baba nak bacakan doa sikit ya untuk anak kesayangan baba ni."
Allaahumma innii u’iidzuhu bika wa dzurriyyatahu minasy-syaithoonir-rojiim.
Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan untuknya dan zuriatnya daripada syaitan yang direjam.
Kata-kata dan doa suaminya itu diaminkan dalam hati.
Membesar dengan sihat ya sayang.
-----
"Mak, Idah rasa peninglah mak. Rasa mual nak muntah. " Kata Puan Khalidah sambil memicit perlahan dahinya. Mustaqim yang masih lena ditepi dikerling seketika. Nyenyak anaknya yang seorang itu tidur selepas menyusu tadi. Umurnya kini sudah menginjak 21 hari. Syukur, dia membesar dengan sihat dan kuningnya juga telah hilang.
YOU ARE READING
SEMI;KOLON [✔]
General Fiction2023. Zinnirah, gadis yang penuh dugaan dan ujian dalam hidupnya, tak seperti abang kembarnya, Mustaqim yang agak bahagia berbanding dirinya. "Apa hadiah birthday yang Ji nak untuk tahun ni?" - Mustaqim "A forehead kiss from baba and a warm hug fro...