"HATI-HATI, ma." Kedengaran suara Zhafran yang menuntun mamanya masuk ke dalam bilik apabila dia sudah dibenarkan pulang. Zinnirah hanya memerhati dari jauh dengan Zarif yang berada dalam dukungannya.
"Akak nak balik hari ni juga ke?" Suara cuba disedihkan. Dia masih mahu meluangkan masa bersama anak saudara kesayangannya itu.
"Ya Ji, maaflah tak dapat nak duduk lama. Abang tu, kerja dia dah memanggil dalam pejabat tu." Zulaikha terus tersenyum kecil melihat wajah Zinnirah yang sudah muram. Gadis itu rindukan Zarif, dia tahu akan itu.
"Kalau akak balik tak bawa Zarif boleh kan? Bolehlah akak, Ji nak jaga Zarif. Alang-alang tengah bosan sementara nak tunggu keputusan STPM." Matanya dikerdipkan berkali-kali, bibir dijuihkan ke luar dan wajah disedihkan.
Zarif yang bermain dengan mukanya hanya diendahkan. Apa yang dia tahu, dia mahu memujuk kakak iparnya itu.
"Mana boleh, Zarif tu menyusu badan lagi tau." Kata Zulaikha sambil tersengih melihat wajah muram adiknya.
"Ala Zarif, kita dah tak boleh nak spend time together. Mama Zarif nak larikan Zarif daripada mak cu." Bibir disebikkan, cuba mencuri perhatian anak buahnya itu.
"Ayang mak cu." Pipinya dicium bertubi-tubi oleh Zarif sebelum Zinnirah melarik senyuman lebar.
"Sayang Zarif juga. Zarif ni happy pill mak cu, mak cu sayang sangat Zarif." Kali ini bibirnya mendarat pada dahi licin itu. Dia akan rindukan anak ini.
"Ji, abang nak cakap kejap." Arahan daripada Zhafran itu mematikan tindakan Zinnirah. Zarif diberikan pada Zulaikha sebelum dia mengikut jejak langkah abangnya yang sudab tiba di pangkin luar rumah.
"Ada apa, abang?" Sopan soalan itu terbit daripada bibirnya. Zhafran yang duduk selesa di atas pangkin itu dilihat dengan hujung mata.
"Duduklah dulu." Zinnirah hanya mengikut arahan itu.
"Abang minta maaf sebab sakitkan Ji hari tu, sumpah abang tak tahu Ji sakit." Wajah adiknya dipandang dengan perasaan hiba.
"Tak apa." Pendek Zinnirah membalas. Mati rasa. Dia sudah biasa dengan perkataan 'tak tahu' itu.
"Siapa buat?"
"Tak ada siapa. Salah Ji sendiri main air panas." Dalih Zinnirah.
"Jangan tipu abang, Zinnirah." Wajah yang muram itu dipandang. Gadis itu hanya tersenyum dengan anak lelakinya, Zarif. Kenapa tidak dengannya? Ke mana hilangnya adik yang amat manja dahulu?
"Bukan tipu, cuma Ji tak nak buka aib sesiapa. Lagi pun, kalau Ji cerita abang tak percayakan Ji. Lebih baik Ji diam, jiwa abang pun akan lebih tenang tanpa perlu memikirkan hal remeh Ji ini." Kata Zinnirah sekali nafas.
"Tapi ab—"
"Sudahlah bang, tak ada benda yang nak dibahaskan. Ingatlah, abang itu anak emas mama baba, jangan hancurkan harapan mereka." Mata Zinnirah memerhati ke arah jalan raya yang lengang pada ketika itu.
"Pasal madu mama...baba dah berterus terang dan minta maaf pada mama. Abang pun baba dah cakap soal yang sama, jadi kami dapat terima dengan hati yang terbuka dengan apa yang sudah terjadi. Abang harap, Ji pun dapat terima keluarga kedua baba ya?" Kepala yang masih dilapiki tudung itu diusap perlahan.
"Mus dah tahu?" Tanya Zinnirah tanpa menoleh ke arah abangnya langsung.
"Dah...baba sendiri yang cakap dengan dia. Awalnya, Mus mengamuk tapi dia hanya diam akhirnya. Abang pun tak tahu nak cakap sama ada terima atau pun tak keputusan baba itu." Balas Zhafran panjang.
"Kenapa kacau Mus? Dia tengah final exam." Helaan nafas berat terbit daripada bibir itu.
"Abang...tak tahu."
YOU ARE READING
SEMI;KOLON [✔]
Ficção Geral2023. Zinnirah, gadis yang penuh dugaan dan ujian dalam hidupnya, tak seperti abang kembarnya, Mustaqim yang agak bahagia berbanding dirinya. "Apa hadiah birthday yang Ji nak untuk tahun ni?" - Mustaqim "A forehead kiss from baba and a warm hug fro...