LENGAN Nek Timah dipeluk erat oleh Zinnirah semasa mereka mendaki tangga masjid itu. Berpakaian baju kurung moden berwarna kuning cair yang ditempah oleh abangnya, Zhafran. Hari ini, hari perkahwinan abangnya. Dia bersyukur, dia dah dapat keluar dari hospital setelah 2 minggu ditahan di situ.
Ubat-ubatan yang dia dapat sangat mengejutkan jantung, banyak. Sekali makan, sampai segenggam pil yang dia kena telan. Tapi, Zinnirah redha. Inilah takdir hidupnya, perlu bergantung pada ubat sehingga mati.
"Jangan kuat sangat peluk lengan aku ni, lenguh tahu tak." Tegur Nek Timah apabila lengannya terasa dicengkam hebat oleh cucunya. Entah kenapa dengan gadis itu.
"Hehe sorry nek, tak sengaja." Dia tersengih seperti kerang busuk.
"Kamu ada rasa sakit ke Zinnirah? Kalau ada aku minta sesiapa hantar kita balik ke rumah." Teguran Nek Timah untuk membuatkan Zinnirah terpana.
"Okay je nek, lagipun baru keluar dari hospital, kan? Takkan Ji nak tinggalkan majlis abang, kesian dia."
"Hm, okaylah macam tu. Jom kita masuk dalam."
"Jom."
Zinnirah mengikut jejak langkah Nek Timah yang perlahan, menuju ke arah bahagian dalam masjid yang sudah disediakan tempat untuk acara akad nikah sebentar saja lagi. Wajah Puan Khalidah hanya dikerling seketika. Mamanya itu masih marah kepadanya.
Mata difokuskan pada pintu masuk masjid, rombongan pengantin perempuan sudah sampai. MashaAllah. Tabarakkallah. Kak Zulaikha cantik sangat, matanya tidak dapat dialihkan daripada terus menatap bakal kakak iparnya itu.
Cantik! Saya suka!
Bibir mula melarik senyuman apabila matanya bertembung dengan Kak Zulaikha, tangan dilambaikan sedikit ke arah wanita itu.
Dia gembira abangnya bakal mempunyai bidadarinya yang tersendiri tapi pada masa yang sama Zinnirah berasa sedih. Abangnya sudah tidak dapat meluangkan masa dengannya seperti zaman bujangnya lagi.
Tak apa, Zinnirah. Berkorban sikit je untuk kebahagian abang, inshaAllah kebahagiaan kau akan hadir tak lama lagi.
Zinnirah cuba memujuk hati.
Bergembiralah wahai hati, masih ada Mustaqim untuk dibuli.
-----
"Ji, take it easy. Jangan paksa diri tu, Ji baru discharge tau." Kata Mustaqim apabila melihat Zinnirah yang tidak berhenti dari tadi menolong orang-orang rewang di rumah mereka. Esok adalah kenduri sambut menantu bagi pihak lelaki. Jadi, segala persiapan akan disiapkan terlebih dahulu. Zhafran tidak menggunakan khidamt catering kerana orang-orang di kampung itu masih suka merewang untuk kenduri.
"Okay je, Mus." Jawab Zinnirah sebelum bergerak ke arah stor rumah, dia perlu mencari kawah yang diminta baba.
Mustaqim mengeluh perlahan melihat Zinnirah yang mengabaikan pesannya. Budak itu, selagi boleh buat kerja memang dia tak akan ingat sakit. Nanti barulah nak mencari ubat, masa itulah baru ada kesedaran yang diri itu tidak sihat mana.
Kakinya turut melangkah ke arah stor. Badannya disandarkan ke bingkai pintu dan berpeluk tubuh sambil melihat Zinnirah yang mencari-caru sesuatu.
"Cari apa?"
"Kawah, baba minta cari tadi."
Mata Mustaqim turut meliar dalam stor itu, cuba mencari di mana duduknya kawah yang disebut oleh Zinnirah. Mata itu akhirnya tertancap pada rak teratas, berdekatan dengan siling stor.
Kaki terus digerakkan ke arah rak itu tanpa menghiraukan adiknya yang masih tercari-cari.
"Tepi sikit srikandi." Tegur Mustaqim sebelum tangannya dihulurkan ke atas rak, kawah itu cuba ditarik sekuat tenaga. Berat juga ni.
YOU ARE READING
SEMI;KOLON [✔]
General Fiction2023. Zinnirah, gadis yang penuh dugaan dan ujian dalam hidupnya, tak seperti abang kembarnya, Mustaqim yang agak bahagia berbanding dirinya. "Apa hadiah birthday yang Ji nak untuk tahun ni?" - Mustaqim "A forehead kiss from baba and a warm hug fro...