Bab 9

1.4K 149 15
                                    

MUJUR saja latihan rumah sukannya tamat awal pada hari ini. Suhu yang sangat panas membuatkan kulit Mustaqim terasa seperti dibakar. Pondok kecil didekati sebelum air dalam botol itu diminum.

Matanya turut memerhati Zinnirah yang hanya terduduk di bahagian rumah sukannya yang berhadapan dengan rumah sukannya.

Keluhan dihela perlahan.

Beg sekolah diambil, motorsikal di parkir pelajar didekati. Motor itu, hadiah hari jadi daripada baba. Dia pula sekarang dalam proses pengambilan lesen. Doakan Mustaqim lulus JPJ Khamis ini!

Sekolah ditinggalkan untuk ke suatu tempat.

Dalam masa yang sama, Zinnirah memerhatikan pemergian Mustaqim dari jauh. Semarah itukah Mustaqim terhadap dirinya? Nampaknya, Zinnirah perlu jalan kaki untuk pulang ke rumah.

"Ji, kau okay ke?" Tegur Atikah yang baru saja selesai dengan latihan lompat jauh. Dia melabuhkan duduk di tepi Zinnirah yang mengelamun.

"Okay."

Atikah terus mengerutkan dahinya mendengarkan jawapan itu.

"Okay? Kalau kau okay kenapa kau duduk je dari mula latihan sampai habis? Kau datang hanya untuk kehadiran je." Bidas Atikah, cuba untuk mencungkil masalah temannya itu.

"Bukannya aku saja tak join latihan, aku kurang sihat sikit. Pening kepala."

Zinnirah tidak menipu, kepalanya terasa agak berat sejak dari tadi. Luka didahi sudah ditempek dengan kapas muka dan ditampal dengan sellotape. Nasibnya baik hari ini kerana dia ada bawa tudung sarung hitam. Tak adalah dia akan menarik perhatian dengan tudung putih penuh darah itu.

"Dahi kau tu kenapa?"

"Jatuh tangga."

"Kenapa cemerkap sangat ni, Ji? Macam-macamlah kau ni." Atikah menggelengkan kepala berkali-kali mendengar jawapan Zinnirah.

Cuai.

Zinnirah hanya tersengih tanpa berkata apa-apa. Dia tidak mahu menceritakan perkara yang sebenarnya, biar dia rahsiakan hal ini dahulu. Masalah antara dirinya, Megat dan Mustaqim tidak perlu dibesarkan.

"Semua dah boleh balik, terima kasih sebab hadir latihan petang ni. Jangan lupa cooling down ya semua."

"Baik, terima kasih cikgu!" Bergema satu padang apabila suara pelajar yang teruja untuk pulang ke rumah apabila seharian di sekolah.

"Aku balik dulu, Ji. Bye!" Atikah melambaikan tangannya dengan gembira apabila melihat kelibat ayahnya di luar pagar sekolah.

Zinnirah hanya tersenyum kecil sebelum membalas lambaian itu.

Perhentian bas dijejaki. Kepala yang pening cuba dikurangkan dengan memejamkan mata. Kepalanya disandarkan ke bahagian belakang tempat duduk.

Apabila buka saja mata, bumi kelihatan berputar.

Macam mana dia nak balik kalau begini?

Nafas dihela dan mata ditutup kembali. Dahi turut berkerut.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku.

-----

"Terima kasih." Senyuman turut diberikan sebelum Mustaqim keluar dengan bersahaja dari farmasi itu. Jam ditangan ditilik.

6.45pm

Dia sudah terlambat untuk ambil Zinnirah. Dengan gelabah, dia terus memecut motor itu laju ke arah sekolah.

SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now