Bab 44 (TW)

1.5K 140 12
                                    

TW: Suicide Attempt

ABSYAR yang terjaga dek kerana lapar terus mencapai jaketnya yang disangkut pada kerusi sebelum mencapai dompetnya untuk keluar mencari makanan.

"Kau nak pergi mana, Cad?" Tegur Mustaqim yang terpisat-pisat di atas katil.

"Lapar, nak cari maggi." Jawab Absyar bersahaja. Sungguh, dia benar-benar lapar sekarang.

"Pukul berapa?" Soal Mustaqim sekali lagi walaupun matanya sudah tertutup.

"3.30 pagi."

"Hm."

Apabila tiada lagi soalan daripada lelaki itu, Absyar terus melangkah keluar dari bilik itu. Tangannya dimasukkan ke dalam poket jaket, sejuk.

Dinginnya sampai ke tulang dengan tiupan angin laut pada waktu begini.

Kedai-kedai makan dijenguk, semuanya sudah tutup. Ya lah, siapa ja yang nak mencari makanan pada waktu begini kecuali dirinya.

Mesin makanan ringan didekati sebelum Absyar memasukkan beberapa keping duit bernot RM1. Maggi cup berperisa kari dan tomyum dibeli.

Mana cukup satu maggi untuk perut tong sepertinya. Water filter didekati. Penutup kedua-dua cup itu dikoyak separuh, garfu dan perencah dibawa keluar lalu diisi dengan air panas. Seraya itu, perencah dimasukkan ke dalam maggi tadi.

Bibir itu tersenyum gembira.

Maggi, makanan kegemaran seorang Absyar Abid!

Seusai itu, kakinya menapak ke tepian pantai sambil membawa makanannya ke sana.

Makan maggi pukul 3 pagi bertemankan pantai dan langit malam. Oh, romantiknya!

Dengan lafaz basmallah, Absyar makan sambil bersila di tepi pantai.

Slurp!

Sedapnya!

Maggi cup kedua dimakan dengan penuh perasaan. Sesekali matanya ditumpukan pada tengah laut, memerhati air laut yang sedang pasang itu, berombak dengan agak ganas.

Mulut yang mengunyah maggi itu terhenti apabila matanya tertancap pada sesuatu yang menuju hampir ke tengah laut itu.

Mata Absyar cuba dikecilkan, pupil matanya cuba fokus pada benda itu sebelum matanya terbeliak besar.

Itu manusia. Tangan yang tergawang-gawang seperti meminta pertolongan itu menjadi tatapan matanya sebelum cup itu diketepikan. Kasut dibuka dan jaket dibuka meninggalkan baju putihnya di dalam.

Dengan pantas, Absyar berlari laju ke dalam air, menongkah ombak yang agak ganas itu.

Tangan didepa dan dikayuh melawan arus secepat mungkin. Apabila ombak meninggi, Absyar meredah ke bawahnya dengan tangkas seperti sudah biasa.

Absyar berenang sehingga ke bahagian tengah sebelum tangan yang hampir tenggelam sepenuhnya dicapai.

Badannya didekatkan dengan badan gerangan itu sebelum dia mengunci leher itu menggunakan lengannya. Pada masa yang sama, dia cuba menstabilkan diri mereka sebelum mula berenang ke arah persisiran pantai.

Keadaan yang gelap yang hanya bertemankan cahaya bulan membuatkan Absyar tidak dapat mengecam wajah itu.

Setibanya di gigi air, badan gadis itu digendong gaya bridal style sebelum diletakkan ke atas pasir.

Matanya membungkam melihat gerangan itu.... Dia ialah Zinnirah.

Muka itu sudah pucat, hampir ke biru warnanya.

SEMI;KOLON [✔]Where stories live. Discover now